Monday, September 5, 2011

Kafarah Dosa : Demam






بسم الله الرحمن الرحيم



Hari ini masuk hari kedua aku menghidap demam dan batuk. Mungkin sekali perjalanan menyucikan diri dari kafarah dosa selama ini. Ya Allah, ampunilah dosa ini yang tanpa sedar aku lakukan.

Wahai teman dan taulan, andai ada tersalah kira terkasar bahasa dan berdosa, maafkan aku selamanya. Lemah tubuh ini aku gagahkan jua. Segala pancaindera terasa seperti hendak luluh dan begitu goyah sekali. Barangkali aku tersalah guna segala pancaindera yang dikurnia. Jarang mensyukuri nikmat yang diberi dan hanya tahu bersungut dan lalai pada diri sendiri.

Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)
SETIAP orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.
Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.
Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi. (HR. Muslim)

Hikmah Sakit
Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia. Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecendrungan manusia saat sehat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan materi tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesehatan diri sendiri. Ia tidak menyadari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.
Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.
Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesehatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.
Ketika seseorang sakit, ia akan meresakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.
Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sehat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari seonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.
Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang saleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyeselan.
Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.
Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusaia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang dikandungnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang berbondong-bondong menjenguk, kebaikan bagi semua doa yang terucap.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Buat Enti Yg Patah Hati Kerna Adam



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم


Enti, enti, ye, ana panggil enti. Entilah. Yang sedang membaca tajuk ini. =) Entikah? Enti sedang kecewa sekarang? Patah hati kerana kasih yang tak kesampaian? Hati remuk kerana kaum Adam? Enti ditinggalkan? Enti kesepian?

Kalau begitu, memang ana mahu berbicara dengan enti. Mari, dengarkan bicara ana. Sebentar sahaja. Boleh ye? Insya-Allah tidak mengambil masa yang lama. Ana cuma mahu berbual sebentar dengan enti, bolehkan?

Boleh? Terima kasih, enti. =)

Ana tahu masalah enti. Enti asyik menangis kan. Asyik teringat dia ye? Mari sebentar sayang. Izinkan ana selami hati enti. Walaupun ana tak pernah mengalami seperti apa yang enti rasa, izinkan ana untuk turut berkongsi perasaan enti. Izinkan ana untuk cuba memahami hati enti. Boleh ye?

Enti dah banyak kali putus? Atau ini kali pertama. Tidak mengapalah, tidak menjadi soal. Enti dah letih dengan semua ini? Ana pasti, mesti dah ramai yang nasihatkan enti, kembali kepada Allah, tak payah couple, jangan terjebak dengan cinta yang tidak halal, tetapi hakikatnya sukar kan? Sukar melupakan dia kan? Tak mengapa, walau bagaimanapun, ana amat menyokong andai enti punya keinginan untuk berubah. Tapi, masih rasa susah ye, masih selalu teringatkan dia ye? Bila teringat, mudah je air mata tu nak jatuh kan?

Enti mungkin kadang-kadang nampak gembira, tetapi hati enti hakikatnya tidak begitu, betul tak? Terkadang rasa sedih teringat sikap dia. Terkadang rasa rindu ye? Asyik tunggu mesej dia je ye? Ana tahu kerana ana perempuan juga. Ana faham perasaan enti. Benar, walaupun ana tak pernah mengalami situasi seperti enti, ana benar-benar ingin menyelami perasaan enti. Ingin turut benar-benar  merasai apa yang enti rasa. Rasailah seperti ana berada bersebelahan enti sekarang. Anggaplah kita sudah lama kenal.

Benar, ana seperti yang lain juga, seperti yang lain. Yang menasihati enti, supaya meninggalkan kasih yang tidak diredai Allah itu kerana enti dan dia tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi. Cinta yang diredai Allah hanya cinta selepas nikah. Tak perlu ana ulang, enti pun sudah sedia maklum, bukan? Hakikatnya, walaupun tahu hanya cinta Allah yang kekal, masih mengharap cinta insani. Tak mengapa, pertama sekali, enti mesti ada niat nak berubah. Nak mendekati Allah. Atau enti masih tak bersedia untuk tinggalkan dia lagi? Enti…ana takut enti kecewa lagi. Ana tak mahu. *peluk*

Hati enti mesti hancur remuk kan. Rasulullah pun kata wanita ini ibarat kaca. Bayangkan kaca yang telah pecah, bisakah dicantum semula? Walaupun dicantum kembali, pasti masih ada serpihan-serpihan kecil dan halus. Yang tertinggal. Namun sakit kerana terhempas itu masih bisa diubati. Dia ada, enti. Cuba rasakan Dia sedang melihat enti sekarang. Al-Khaliq kita. Penuh kasih sayang. Dapat rasakan? Enti masih boleh terus membaca jika enti benar-benar mahu berubah. Jika sudah tidak mahu tenggelam dalam nafsu cinta.

Ana berikan enti masa. Tak apa, fikirlah dahulu. Ana tunggu. Ana cuma nak cakap, kalau kita ingin berubah, tidak cukup dengan keinginan sahaja. Perlu disertai keazaman yang kuat dan matlamat yang betul. Kemudian bertindak. Niat, azam dan tindakan. Baik, enti dah fikir? Kalau enti benar mahu berubah, enti bisa terus mendengarkan bicara ana. Jika masih tidak bersedia, ketahuilah ana sentiasa menunggu enti. =)


Enti yang ingin berubah..
Enti rasa susah ye? Tak mengapa, ana mahu tolong enti. Sesukar mana pun, ana tetap setia bersama enti. Sebab ana sayang sangat enti. Kerana Allah. Ana ada beberapa cara. Insya-Allah, mungkin boleh bantu enti? Kita cuba dulu ye? Keazaman enti masih kuat kan, untuk melakukan perubahan? Kuat kan? =) Alhamdulillah.

Pertama. Ujian ini dirasakan berat buat enti? Ujian ditinggalkan kekasih hati amat berat buat enti? Baiklah. Ana ingin mengajak enti untuk kita sama-sama berfikir lebih jauh. Cuba kita lihat mereka yang susah, mereka yang terpaksa mencari rezeki di celah-celah sampah yang menimbun dan busuk itu. Mencari tin-tin, botol-botol kaca atau besi buruk yang bisa dijual untuk menyara kehidupan sehari-hari. Apakah enti  merasa ujian enti lebih berat berbanding ujian mereka?  Cuba kita teropong lagi, mari kita melihat mereka yang mempunyai penyakit misteri sehinggakan tidak bisa makan dan minum, urusan pergerakan pun mesti dibantu oleh orang lain. Apakah enti  merasa ujian enti lebih berat berbanding ujian mereka? Mari kita melihat lagi, mereka yang tidak punya ibu dan ayah kerana terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi, cuba bayangkan perasaan mereka saat hari raya menjelang tiba. Apakah enti  masih merasa ujian enti lebih berat berbanding ujian mereka? Enti, usah melihat ujian sebaliknya pandanglah nikmat dan kurnia Allah terhadap kita. Apabila kita menyedari nikmat-Nya yang begitu menggunung, akan terasa malu, ujian sedikit pun dah tak boleh nak hadapi. Enti, ana malu. Enti boleh rasakan begitu juga tak?

Kedua. Ana tahu, enti sedih kerana masih teringatkan dia lagi kan. Nak lupakan dia tetapi masih jua bertamu di kotak fikiran. Cuba enti sedaya upaya luputkan dia daripada ingatan, dan tukarkan dengan mengingati Dia. Boleh? Macam ni enti, bila enti teringatkan dia je, terus ambil wuduk dan capai Al-Quran. Ya, selepas itu baca dan hayati maknanya. Bila ingat dia je, terus ambil Al-Quran, boleh? Ingat dia je, ingat Al-Quran, boleh? Atau pun, lebih senang, bila teringat dia, enti berzikir, zikir qauli. Bila teringat dia, ucaplah Astaghfirullah, aku memohon ampun kepada Allah, boleh? Bila teringat dia, ucaplah hasbee rabbee, maa fee qalbee ghairullah, boleh? Maknanya, cukuplah Allah bagiku, tiada dalam hatiku melainkan Allah. Kalau zikir tu sebaiknya kena tahu maksud kan, betul tak enti? Itu salah satu contoh ana bagi. Enti boleh cari lagi zikir-zikir lain. Selawat Syifa’ ke, Allahu Lateef ke. Banyak lagi yang lain, enti boleh cuba download sendiri. Kalau betul nak cinta Allah, kenalah usaha, betul tak. Cuba dulu ye, perlahan-lahan. Ana yakin enti boleh buat. Kalau keinginan enti benar-benar kuat, pasti boleh buat.Insya-Allah.

Ketiga. Sibukkan diri enti. Sibukkan diri enti berdialog dengan Allah bukan sibuk untuk membalas mesej dia. Katakan ketika enti berjalan-jalan atau duduk keseorangan, ingatan terhadap dia kembali. Cepat-cepat lupakan. Kena kuat. Jangan melayan perasaan. Cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Mungkin menolong ibu bapa? Berdialog dengan Allah. “Allah, hari ni saya nak tolong mak basuh pinggan dan masak, biar mak gembira, Allah suka kan?”. “Allah, hari ini saya baca buku tentang Rasulullah, saya nak lebih kenal Nabi saya, Allah suka kan?”. “Allah hari ini saya nak tengok ceramah dalam TV, saya nak kenal lebih dengan Allah, Allah suka kan?”. “Allah kejutkan saya ye, takut terlepas pula nak dating dengan Allah, Allah suka kan?”. Dah lepas bermonolog tu, enti senyumlah seorang diri. Tapi jangan senyum di hadapan orang sebab…..enti faham kan maksud ana? Dah dapat tangkap maksud ana? Enti bermonolog dengan Allah, tak payah keluar duit pun, kalau mesej dengan dia, duit banyak habis beli top-up kan? Pendek kata, bercinta dengan Allah. Nanti mesti Dia lagi sayang enti. Ingat Dia je sepanjang masa, tak semestinya semasa solat je. Boleh? Boleh cuba kan yang ni. Indah dan romantik kan cara ni? Ana nampak enti senyum, hehe.

Keempat. Ana nak tanya enti, enti suka dengar lagu tak? Kalau suka, lagu apa yang enti dengar? Ha? Oo. Enti tak payah lah dengar lagu jiwang-jiwang, makin membuatkan enti teringat dekat dia, betul tak. Enti boleh pilih untuk dengar lagu nasyid, lagu ketuhanan. Lebih baik lagi kalau lagu yang mengingatkan diri kepada kematian dan taubat. Lagu tentang ibu bapa pun bagus. Hayati lirik dia satu-satu. Jadikan aktiviti mendengar lagu sebagai perkara yang berfaedah di samping menghiburkan hati. Jika kena pada tempatnya, lagu pun boleh mendidik jiwa. Enti mesti juga pernah menangis apabila menghayati lirik lagu kan?  

Kelima. Pembacaan. Ini pun enti kena pilih. Ana mengesyorkan supaya enti membeli buku-buku tentang Islam dan wanita. Baca sirah Rasulullah, lihatlah Rasulullah dahulu begitu bersusah payah menaikkan martabat wanita, apakah kita sanggup untuk berlaku kejam terhadap Rasulullah yang pada saat-saat akhir hidup Baginda, Baginda tidak putus-putus menyebut ummati, ummati, ummati? Apakah kita begitu kejam, sanggup ‘memijak’ risalah yang dibawa Rasulullah? Jadi, kita sama-sama menjaga diri, ye enti? Ana percaya enti mesti suka melayari internet kan? Enti carilah bahan-bahan bacaan yang bermanfaat. Kalau search melalui enjin carian google, enti nak search ’50 tanda aku jatuh cinta’ atau ‘tanda-tanda Allah mencintai hamba-Nya’? Enti tentukan ye. Lagi, enti boleh melayari laman web yang bermanfaat.Satu hari baca satu artikel pun dah cukup, yang penting konsisten. Istiqamah dan beramal, boleh ye sayang?

Keenam. Bangun malam. Qiamullail. Kalau buat ni lagi bagus. Tenang dan damai je. Kalau enti rasa sedih dan tak tahu nak menangis dekat sesiapa, Allah kan ada? Bangun sewaktu yang lain tengah tidur. Sunyi je. Enti boleh menangis sepuas-puasnya kalau enti mahu. Enti ceritalah semua masalah enti dekat Dia. Dia Maha Mendengar. Enti pohonlah apa-apa enti nak, lagi Dia suka. Dia ada cakap ni. Cuba enti buka Al-Quran, surah Al-Ghafir, ayat 60, ‘berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu’. Naaa, tengok. Caring Dia kan? Dia dengan dia yang mana lebih caring? Mesti Dia kan? Jadi, enti pergilah dekat Dia. Boleh?

Ketujuh. Zikrul maut. Ingat mati. Ni pun lagi mujarab. Bila ingat mati, enti tak akan teringat dialah. Cuba enti bayangkan enti akan mati sebentar lagi, sekejap je lagi, mungkin selepas habis mendengar bicara ana ni. Mungkin? Mesti selepas ingat mati tu, terasa setiap masa nak siapkan banyak ‘bekal’ untuk ‘dibawa pulang’ kan? Solat pun awal je. Dengar je azan, terus ambil wuduk dan solat. Banyak manalah amalan kebaikan kita ye. Enti, ana takut. Enti boleh rasa begitu juga tak?

Kelapan. Enti carilah sahabat-sahabat yang boleh membimbing enti ke jalan Allah. Enti carilah sahabat-sahabat yang boleh berkongsi ilmu dengan enti untuk lebih mengenali Allah lagi. Cari sahabat begini agar jiwa terisi dengan nasihat-nasihat daripada mereka. Dalam hidup kita hendaklah berkawan dengan semua tetapi berhati-hati dengan kawan yang menarik dan mengheret diri ke arah lembah dosa. Enti faham kan maksud ana?

Kesembilan. Enti, pandanglah wajah ibu dan ayah. Tegarkah enti melukakan hati mereka? Mereka yang dahulu memelihara dan mendidik enti dengan penuh kasih sayang. Pandanglah wajah mereka yang bersusah payah menyekolahkan enti bermula pendidikan rendah, pendidikan menengah sehinggalah enti berjaya menjejak universiti. Pernahkah enti terfikir bahawa kejayaan enti ini adalah kerana berkat doa mereka atau hanya kerana usaha enti yang bertungkus lumus belajar sehingga berjaya menggenggam ‘A’? Pernahkah enti terfikir enti masih kuat untuk menjalani kehidupan sehingga ke hari ini adalah kerana ibu dan ayah inilah yang tak pernah jemu memberi dorongan dan peransang? Pernah enti fikir? Pandanglah wajah mereka! Sanggupkah enti melukakan hati mereka? Enti fikirlah...enti sudah pandai bezakan yang mana baik dan yang mana buruk, bukan?

Kesepuluh. Ana nak mengajak enti untuk kita sama-sama melihat teladan daripada pohon semalu. Kenal tak pohon semalu? Enti kenal kan. Enti pernah dengar tak kisah Rasulullah berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Saidatina Fatimah yang terpijak pohon semalu sehingga kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan? Fatimah dengan sedikit marah berkata apalah gunanya pohon semalu tetapi Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangan Baginda bahawa pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut, enti terkejut tak?
Baik, mari kita sama-sama lihat apa yang kita boleh teladani daripada pohon semalu ini untuk diaplikasikan dalam diri kita sebagai seorang wanita. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh dan ini diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya. Kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya maka wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang muslimah. Ketiga, pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi dan ini bermakna wanita hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Akhir sekali, pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang, oleh itu para wanita hendaklah kembali ke rumah apabila waktu semakin senja.
Hebat kan Allah? Daripada pohon semalu pun kita boleh ambil pengajaran. Jadi enti, mari kita sama-sama ‘menjadi’ pohon semalu. Boleh ye?  

Kesebelas. Ini yang terakhir. Untuk yang terakhir ini, ana nak mengajak enti untuk sama-sama melihat ibrah atau pengajaran juga daripada kisah puteri Rasulullah. Saidatina Fatimah yang memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali dan mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya. Namun, Saidatina Fatimah tak pernah menghantar surat tanpa pengetahuan Baginda, berhubung melalui burung merpati atau mengatur pertemuan dengan Saidina Ali. Begitu juga Saidina Ali, tidak melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong, tidak berlaku biadap terhadap Baginda dengan mengurat Fatimah atau membawanya lari. Juga tidak meminang Fatimah kecuali juga sedang sentiasa berusaha membina kualiti diri. Enti, mari kita sama-sama contohi Saidatina Fatimah. Urusan ‘Saidina Ali’ biarlah Allah tentukan. Enti yakin dengan janji Allah, bukan?

Biar ana tolong senaraikan khas untuk enti, sepuluh langkah yang boleh enti lakukan untuk mengubat hati enti yang patah, dengar ye sayang…

1) Usah dipandang ujian sebaliknya bukalah mata hati melihat nikmat dan kurniaan Allah yang begitu meluas.
2) Apabila hati dilanda kesedihan dan bermuram, capailah Al-Quran segera dan apabila fikiran melayang ke arah perkara yang tidak sepatutnya lancarkanlah lidah untuk menuturkan zikir qauli.
3) Bermonolog dengan Allah apabila melakukan satu-satu kerja dan rasakan kehadiran Dia yang sentiasa menemani.
4) Pilih lagu yang akhirnya mengingatkan diri kepada Allah.
5) Pilih bacaan yang sesuai sebagai penambahan ilmu yang bermanfaat.
6) Qiamullail dan doa.
7) Sentiasa ingat mati dan berusaha untuk sentiasa solat di awal waktu.
8) Bersahabat dengan mereka yang solehah dan berkongsi ilmu.
9) Sayangi ibu dan ayah dan lakukanlah perkara yang menggembirakan hati mereka.
10) Jadilah seperti pohon semalu dan kaitkan dengan kebesaran Allah.
11) Mengambil iktibar kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali serta yakin dengan janji Allah.





Enti, bayanglah sekarang, ana sedang memegang tangan enti erat-erat, dan enti, lihatlah ke dalam mata ana. Ana ingin berbicara sesuatu yang penting. Enti, cinta Allah itu tidak mempunyai sandaran. Sememangnya manusia itu mudah melupakan Allah, terlalu asyik lemas dalam nafsu cinta kepada manusia, tetapi apabila telah dikecewakan, barulah mula merayu kepada Allah. Apakah Allah itu hanya sebagai tempat sandaran setelah hampa dengan cinta manusia? Apakah Allah itu hanya tempat untuk melepaskan resah di hati setelah putus asa dengan cinta manusia? Ana sayangkan enti, terlalu amat menyayangi enti kerana Allah, dan enti, ana ingin mengucapkan kata penuh kasih sayang, cintailah Allah kerana enti ingin benar-benar mencintai Dia bukan kerana hanya menjadi tempat menangis setelah terluka dengan cinta lain. Cintailah Allah kerana Dia Pencipta kita.

Berubah. Itu terletak pada tangan enti. Ana tak pernah membenci enti malah ana sentiasa menunggu dengan lambaian penuh kasih sayang untuk kita sama-sama ikhlas dalam mengejar cinta Dia. Ana hanya mampu memberi jalan, selebihnya terletak pada tangan enti. Enti, ana amat benar menyayangi enti tetapi walau sebesar mana kasih ana pada enti tetap tidak akan bisa mengalahkan cinta Allah kepada enti. Apakah saat ini enti masih mahu berpaling arah?

Enti fikirlah…*peluk*

Jangan pernah lupa, kita hanya akan kembali kepada-Nya…

Hanya kepada-Nya…

Tujuan bicara ana ini sebenarnya adalah untuk mengajak enti sama-sama menghayati kalamullah ini….ini sebenarnya…
A190
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;A-li'Imraan 3:190 )

A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. 
( A-li'Imraan 3:191)


Duhai mawar yang kusayangi, lingkarilah dirimu dengan duri keimanan, tidak mengapa andai duri itu dahulu pernah dicantas oleh tangan-tangan rakus, mawar itu berhak untuk tumbuh megah dengan durinya kembali, mencari sinar yang hakiki.

Kenali Dia dan Cintai Dia dan Ingat Dia

"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Sunday, September 4, 2011

Hukum Wanita Memandang Lelaki


Bismillahirrahmanirrahim. Assalam'alaikum wrhmatullahi wbarokatu.

Sebagaimana kaum lelaki diperintahkan untuk tidak memandang wanita wanita yang bukan mahram, wanita juga diperintahkan untuk tidak memandang lelaki yang bukan mahram, wanita juga diperintahkan untuk tidak memandang lelaki yang bukan mahram.

Ummu Salamah r.a (isteri Nabi SAW) berkata, "Suatu ketika saya dan Maimunah berada bersama-sama Rasulullah SAW. Ketika itu tiba-tiba Abdullah bin Ummi maktum masuk ke rumah. Kerana mengetahui bahawa Abdullah buta, kami tidak menurunkan hijab dan tetap duduk di sana. Rasulullah SAW bersabda,"Pakailah hijab di hadapannya!" Saya bertanya, "Wahai Nabi Allah, bukankah dia buta? Dia juga tidak boleh melihat kami.” Rasulullah SAW menjawab, "Apakah kamu berdua juga buta? Tidakkah kamu dapat melihatnya?"


Abdullah bin Ummi Maktum r.a adalah seorang yang buta dan seorang sahabat Nabi SAW yang sangat warak. Kedua isteri Rasulullah SAW juga sangat warak. Meskipun demikian, Rasulullah SAW meminta agar kedua isterinya agar memakai hijab di hadapan Abdullah r.a.
 
Dari hadis di atas kita dapat menarik kesimpulan bahawa wanita adalah menjadi kewajipan bagi wanita agar tidak melihat kaum lelaki, sebagaimana telah disebutkan dalam al-Quran, "Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menundukkan pandangan mereka." (Surah An-Nur ayat 30)
Suatu ketika Aisyah r.a berkata "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak melihat lelaki dan tidak dilihat oleh lelaki."

Memandang wanita itu terlarang kecuali pandangan pertama,pandangan untuk anda dan pandabgan kedua dan seterusnya berisiko untuk anda barang siapa memandang wanita asing(bukan muhrim)dengan bersyahwat, maka akan dituangkan cairan timah ke dalam matanya di hari kiamat. memandang (kepada wanita bukan muhrim)adalah panahan beracun dari panahan-panahan iblis, maka barangsiapa yang meninggalkannya karana takut kepada Allah nescaya akan memberinya keimanan dan dia akan merasakan manisnya keimanan itu dalam hatinya.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Saturday, September 3, 2011

Allah! Kenapa aku di NERAKA?


Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini? Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.


(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku.”

Kakinya tiba-tiba bersuara,‘aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.’

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau lara
ngi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Batas Aurat Dalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim

AURAT KETIKA BERSENDIRIAN


1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan emninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya”.


2. Sementara Imam Maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya”.



BATAS-BATAS AURAT LELAKI


Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.


Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;


1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.


Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.


2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).







BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI


Para Ulama bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.


Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :

“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.


Firman Allah lagi dalam Surah Al-Ahzab ayat 53 yang bermaksud :

“ … Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluankepada mereka (isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka …”


Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Tafsir Ibn Kathir juz 3 halaman 284 disebut riwayat dari Ibn Syahab dari ’Urwah dan dari Aishah, katan Aisyah R.anha : ”Moga-moga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya”.


Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.


BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB


Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah ;

1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : ”Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (Hadith riwayat Al-Bazar dan At-Tirmizi).

2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnya adalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.


3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah aklaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.


4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya ( ajnabi ) auratnya adalah seluruh tubuh badan.


Penjelasan-penjelasan ulama tentang batas-batas aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram). Perbezaan pendapat;


1. MAZHAB SYAFI’IE : ada 2 qaul ;

a) Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie.


b) Qaul kedua : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat).


2. MAZHAB HAMBALI : ada 2 qaul ;


a) Qaul pertama : Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi.


b) Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.





3. MAZHAB HANAFI : ada 2 qaul ;


a) Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.



b) Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dan dua tapak kaki.


4. MAZHAB MALIKI : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.



SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM

DENGAN WANITA.


1. Suami

2. Bapa sendiri ( bapa kandung)

3. Bapa suami (bapa mertua)

4. Anak lelaki

5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.

6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).

7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)

8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)

9. Wanita Islam yang berakhlak.

10. Hamba lelaki yang mereka miliki

11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.

12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).

13. Anak lelaki susuan.

14. Bapa susuan.

15. Saudara susuan.

16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan hingga ke bawah.

17. Menantu lelaki.




DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA KEADAAN.


1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.

2. Ketika berjual beli

3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.

4. Ketika hendak menjadi saksi

5. Ketika mengajar

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك