Saturday, July 28, 2012

Pujuklah Hatimu Dgn Kalamullah waZikrullah




Seringkali kita menyoal diri dan ketahuilah segala persoalan anda, sedia dijawab oleh ALLAH SWT:

1. Kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta."
(al Ankabut: 2-3)

2. Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(al Baqarah : 216)

3. Kenapa ujian seberat ini?
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(al Baqarah : 286)

4. Kenapa rasa kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali Imran : 139)

5. Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(al Baqarah : 45)

6. Apa yang aku dapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
(at Taubah : 111)

8. Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakal."
(at Taubah : 129)

9. Aku dah tak dapat bertahan lagi!
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf : 12)
Seringkali hati bertanya sesuatu yang tidak mampu dijawab oleh akal. Hati seringkali berkata tidak tanpa akal yang mengiringi. Langkah yang tidak seiring itu menjerumus kepada hati memberontak, maka pujuklah hatimu. Bagaimana memujuk hati? Mengapa memujuk? Bila harus memujuk?. Persoalan itu akan terjawab bila kita tahu, Ke mana hati merajuk? Kenapa hati merajuk? Apakah kehendak hati yang merajuk?. Terimalah lakaran hatiku, Pujuklah Hatimu.
Terkadang kita membiarkan hati pergi, pergi menjauh ke tepi muara. Ku pujuk hati, ku merayu. "mari dan mendekat padaku wahai hati, ke pangkuanku". Hati terus menjauh. Lantas ku pujuk hati dan ku katakan padanya "Setiap sesuatu itu telah ditentukan, sabar wahai hati". Hati lalu mendekat, suaranya sudah tidak lagi kedengaran hanya air mata menterjemah segala laku. Lalu hati berkata, "kenapa semua ini terjadi?". Namun tiada lagi kata bisa ku ucap, "maafkanku wahai hati".
Kehidupan adalah suatu ujian yang Allah SWT telah petakan sepanjang perjalanan manusia. Kerana Allah tidak menjanjikan hidup penuh dengan keseronokan tanpa rintangan. Sepanjang perjalanan ini, apa yang kita ada, apa yang kita perolehi adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kebanyakannya datang daripada rasa kecewa dan kesukaran yang pernah kita alami. Hadirnya tatkala ada merupakan elemen "Rahim" Allah yang dititipkan buat kita. Itulah kebahagian disebalik ujian yang dikurniakan. Insyaallah dengan berkat doa akan Rahmah Allah hadapi ia dengan kuat dan tabah walaupun perit.
Hatiku dan Hatimu
Jika diperhatikan keduanya sudah semestinya berbeza, hatimu dan hatiku. Namun percayalah ia adalah daripada acuannya yang sama. Datangnya hati memberi seribu rasa bagi jasad. Keselarasan dalam membimbing hati dan jiwa diiringi jasad adalah satu keperluan dan bukan sekadar kehendak. Keperluan mestilah didahului daripada kehendak kerana keperluan ialah penghidupan manakala kehendak ialah pelengkap.
Hati merupakan raja yang mengawal seluruh tubuh badan. Maka dengan bahasa mudah untuk menjaga tubuh badan maka hati mesti dijaga. Dari hati segalanya bermula ibarat "Motherboard" atau keperluan yang menjadi landasan kepada sistem jasad. Mengawal komponen-kompnen lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan. Jika motherboard ini rosak maka seluruh sistem komponennya akan mengalami masalah. Masalah yang membuatkan diri kita tidak senang duduk selalu berlaku kepincangan dalam sistem kehidupan.
"Sesungguhnya dalam sesuatu jasad ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh jasad, ketahuilah daging itu ialah hati" 
(Hadis Riwayat Ahmad)
Hati Adam VS Hati Hawa
Sistem yang Allah SWT telah aturkan adalah bersifat saling kebergantungan antara satu sama lain. Hati Adam dan Hawa sudah pasti berbeza. Lihat sahaja kepada penciptaan keduanya, itu menggambarkan bahawa keduanya datang dari syarikat (bahan) yang berlainan. Adam daripada tanah dan Hawa daripada tulang rusuk Adam. Kenapa terjadinya sebegitu? Ia adalah memenuhi apa yang dikatakan keperluan dan kehendak. Keperluan untuk bersama dan kehendak untuk memahami hati keduanya.
Kata Hujatul Islam dalam bait katanya yang berseni bahawa : "Lelaki mempunyai 1 Nafsu 9 akal manakala wanita mempunyai 9 nafsu 1 akal.  Ramai yang keliru dengan kenyataan menarik di atas namun yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali dalam bahasa yang mudah difahami adalah lelaki mempunyai 1 emosi 9 rasional manakala wanita mempunyai 9 emosi 1 rasional. Ini menggambarkan kepada kita bahawa perbezaan peranan yang dimainkan oleh wanita dan lelaki dalam sistem kehidupan. Wanita dan lelaki mempunyai tanggungjawab yang berbeza dan perlu difahami agar sistem nilai tidak pincang dek kerana kurang memahami tanggungjawab masing-masing.

Hatiku dan Hatimu Berubah (Qalbun Maddatan)
Dalam Keadah bahasa Arab hati sebut "Qalb" kerana hati ini mudah bergerak, mudah berbolak balik.  Ya, Hati manusia pasti berubah. Berubah mengikut apa yang mengubah. Perubahan persekitaran, masa, situasi dan tempat. Perubahan kadang-kadang membawa kegembiraan tidak kurang juga penderitaan. Mana mungkin seorang yang kehilangan ibu dan bapa akan diam seribu bahasa tanpa mengalami perubahan. Mungkin perubahan darisegi pertuturan yang lebih diam atau perubahan hati supaya lebih cekal dalam menghadapi hari mendatang.
Kita harus memastikan perubahan yang ingin dibawa adalah perubahan yang membawa kepada perkara yang lebih baik walaupun menempuhnya menuntut seribu kepahitan dalam perjuangan. Apa yang lebih penting adalah untuk kita menjaga hati supaya lebih tetap dengan agama Allah. Lihatlah di sekeliling kita, perubahan masyarakat sangat ketara menunjukan kepada kita tentang betapa manusia menghidapi penyakit hati yang serius. Arakian, gejala yang berleluasa adalah isu murtad yang kurang mendapat liputan dari media dan tidak menjadi topik utama dalam minda.
Manusia sudah tidak bertindak seperti manusia yang mengikut landasannya sebagai hamba. Bagaimana hendak memanusiakan manusia? Maka jawapannya ialah Agama Islam. Saya pasti tidak ada Kekhilafan antara kita dengan jawapan itu. Namun adakah dengan hanya manis dibibir tapi racun dihati? Islam terbina salah satunya adalah dasar nasihat, sebab itu disebut "Addin Nun Nasihah".
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Agama itu nasihat. "kami bertanya: Untuk siapa. Baginda menjawab: "Untuk Allah, Untuk KitabNya, Untuk RasulNya, untuk para kaum muslimin dan untuk orang awam" 
(Riwayat Muslim)

Dari mana hendak mendapatkan nasihat? Pergilah mencarinya di rumah-rumah Allah. Pilihlah masjid-masjid yang aktif dari segi pengurusan pengajian umum yang dijalankan. Insyaallah berbekas dihati.
Persoalan Kenapa, Kemana dan Apa
Kenapa hati merajuk? Itu persoalan utama yang sukar untuk ditafsirkan. Hati yang menerima rasa, sedih kecewa, suka, duka, gembira dan berbagai lagi. Ke mana hati itu pergi? Itulah yang perlu dikesan. Hati yang merajuk jangan dibiarkan pergi menjauh dari Tuhan yang menciptanya, kelak akan membawa kepincangan. Hati yang jauh dari fitrah akan mengundang fitnah yang sangat impak pada hati.
Apakah natijah daripada hati yang dihinggapi rasa fitnah? Sudah pasti akan timbul rasa mazmumah yang tinggi berbekas didalamnya. Apabila Muzmumah sudah bersarang maka hati akan sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Kemuncaknya hati akan memberontak dan timbullah warna sebenar dalam diri. Kelak menjadi cacian dan cemuhan yang tidak mungkin terpandam dengan mudah.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Persoalan Bagaimana, Mengapa  dan Bila
Bagaimana hati harus dipujuk? Hati harus dipujuk bersama dengan fitrah. Ya, fitrah hati yang sentiasa mahukan kebaikan bukan keburukan. Seseorang perlulah bermujahadah dalam memujuk hati. Namun harus difahami ayat di atas ialah bermujahadah perlukan pengorbanan. Pengorbanan melawan musuh terdekat hati,Nafsu. Mengapa Nafsu dikatakan musuh terdekat kerana ada bersamanya Iblis. Menyelinap masuk di setiap aliran darah manusia. Begitu dekat sekali dengan kita.
Manusia bertindak bukan atas dasar tahu tapi manusia bertindak atas dasar mahu. Maka mengapa manusia bertindak atas dasar mahu? Jawabnya hati yang mahu. Hati berkata mahu dan jasad bertindak untuk memenuhi mahu. Oleh itu mahu perlu didasari atas keikhlasan, kerana keikhlasan akan menimbulkan mahuyang jelas. Bacalah doa diatas agar sentiasa tetap pendirian dalam setiap perkara.
Bahasa Melayu dan Hati
Dalam Bahasa Melayu dalam istilah bahasa atau simpulan bahasa terdapat banyak penggunaan perkataan hati. Kecil hati, besar hati, hati kecil, hati emas, baik hati, busuk hati, berhati-hati, perhatian, dan banyak lagi penggunaan bahasa yang berkaitan dengan hati. Mengapa semuanya hati?  Indahnya sesuatu penggunaan bahasa itu. Katakan bila mana seseorang itu menolong seorang buta untuk melintas jalan.
"Mari saya tolong pakcik?" kata seorang anak muda.
"Terima kasih anak muda, baik hati kamu" Kata orang buta itu.
Lihat bagaimana penggunaan bahasa yang digunakan. Salah satu kecantikan Bahasa Melayu, menunjukkan hati memainkan peranan dalam setiap perkara. Mengapa tidak disebut "baik tangan kamu" atau "baik kaki kamu" ? ini kerana buat baik hati dapat nama buat jahat hati juga mendapat nama. Itulah hati (dalam konteks bahasa).
Jangan Butakan Hati Anda
Hati buta adalah hati orang kafir. Hati yang telah tertutup daripada hidayah Allah.
Allah berfirman yang bermaksud :
"Sekali-kali tidak, sesungguhnya perbuatan dosa yang selalu dilakukan telah menutupi hati mereka. Sekali-kali tidak, Sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup daripada (memandang) Tuhan mereka."
(Surah al-Mutafifin ayat 14-15)

Syarat penerimaan ibadah yang diperjelaskan oleh Imam Al-Ghazali dala kitab Ihya' Ulumuddin adalah ikhlas dan juga mengikut cara Rasullullah. Oleh itu, mana datang ikhlas kalau bukan hati mendatangkan ikhlas. Didik hati untuk ikhlas perlu dalam konsep ibadah, soalnya bagaimana? Jawapannya tunaikanlah janji anda. Janji seorang hamba Allah dengan pencipta, janji seorang anak dengan kedua ibubapa, janji Sahabat bersama sahabatnya, janji isteri kepada suami dan sebaliknya, janji kita bersama semua.
Apaabila semua itu tertunai bererti kita telah memberi. Memberi dengan kualiti jiwa bukan kualiti harta. Bukankah Rasullullah s.a.w  telah bersabda:-
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Justeru, berilah makanan kepada hatimu berupa zikrullah. Jangan terlalu berbangga dengan kekuatan dan kecantikan susuk  badan. Kenapa hanya senaman jasmani sahaja? Bukankah rohani perlu dicantikkan lebih daripada jasmani.
"Ya Allah, hati ini telah lama berkarat, penuh dosa dan maksiat, Kurniakanlah kami hati yang baru yang Engkau beri padanya rahmat, Agar hati itu sentiasa berkilat, moga hati yang baru itu sentiasa sihat, dan moga hidup kami menjadi berkat."






سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

SAAT TASBIH TERPUTUS




Munajat malam yang panjang
dengan zikir bening bagai kehilangan rentak
di saat tasbih di tangan terputus ikatan
dan sekalian biji bertebar tanpa arah.

Tertegun mentafsir makna
alamat apakah yang dituju
firasat apakah yang menunggu
kias apakah yang menanti
ketentuan apakah yang mendatang.

Malam makin melarut
zikir mulai berganti rintih
ruang diri mulai tertawan lara
terampunkah segala dosa
diterimakah rayuan taubat
yang selamanya dikumpul dengan angkuh.

Dalam penjara gelap
satu demi satu biji tasbih mahu dicapai
jika pun sulit ia perlu diikat kembali
dan memberi asyik dalam munajat malam ..

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Jadilah Wanita Solehah





Jadilah seorang wanita solehah, 
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya, 
Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an, 
Suaranya lesu kerana penat berzikir, 
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan, 
Bangunnya Subuh penuh kesigapan.


Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia. 

Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.. 
Jadilah seorang wanita solehah. 
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, 

Kerana dia mengimpikan syurga ALLAH.. InshaALLAH..

Jadilah kamu wanita yang hebat, dunia akhirat, penyeri keluarga, 

akal biarpun senipis helaian rambut, bekalkan lah ia,penuhilah ia penuh ilmu agama, 
muslimah solehah penyeri keluarga, penyeri hidup si kaum adam, 
hebat kan diri mu dangan pelbagai pekara, 
biar di dalam dada mu penuh dengan kalam ALLAH
wahai an nisaa’ biarpun kamu menjadi pandangan, perhatian ramai lelaki, 
jadilah kamu muslimah yang dapat merendah kan padangan adam kepada mu kerana ke muliaan yang ada pada mu, 
supaya pandangan mereka mengingati PenciptaMu wahai an nisaa’.


Sebaik hiasan di dunia adalah wanita solehah, 

kejadian mu dari adam dengan penuh rahsia, 

hanya ALLAH tahu kelebihan yang ada pada mu, 
hawa jadi lah kamu muslimah solehah, mukminah, yang mendamba kan cinta ALLAH
yang sentiasa memburu syahid di jalanNya, 
wahai muslimah, jadi lah kamu ketua bidadari di syurga kelak, 
hebat kan diri mu sampai membuatkan bidadari di syurga cemburu akan kemuliaan yang ada pada mu wahai muslimah...

Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholehah. (HR. Muslim)

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Sunday, July 15, 2012

Untuk Cinta Yang Belum Halal

Bismillahirrahmanirrahim



Dikala cinta menyapa
Dunia begitu indah berwarna
Bunga-bunga di hati bersemi
Harum mewangi bagai kasturi
Walaupun cinta tak berwujud
Namun ia menguasai hidup

♥♥ 

Tatkala hati tersentuh cinta
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata
Tapi ia bernuansa biru di qalbu
Wahai Sang Maha Pencipta Cinta
Indahnya cinta adalah karuniaMU
Ajari kami hamba-hambaMU rasa bersyukur atas segala karuniaMU
Ajari kami bahasa cintaMU yang tulus
Ajari kami memaknai cintaMU yang damai dan penuh kasih agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus
Ya ALLAH... Teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMU dan mencintai RasulMU di atas segala cinta
Ya ALLAH... Kurniakanlah kepada kami cinta hanya mengharapkan redhaMU

♥♥ 

Untukmu cinta........
Yang hadir di hati tanpa sebab,tanpa syarat,tak terbatas oleh ruang,waktu dan jarak yang membentang
Andai benar cinta itu kerana ALLAH, biarkanlah ALLAH Yang Pemberi Cinta yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
Jika kita mencintai seseorang, belajarlah untuk lebih mencintai Yang Pemberi Cinta
Hati ini begitu mudah terbolak-balik, maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNYA, titipkanlah padaNYA kerana hanya ALLAH sebaik-baik penjaga
Di kala hati resah memendam rindu....
Hiasi diri dengan taqwa, perbanyak solat dan puasa sunat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan husnuzon (bersangka baik), semoga ALLAH memberi jalan yang terbaik menurutNYA, aamiin~




سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Kahwin muda?



"Apabila aku berhadapan dengan soal jodoh, aku terkasima seketika. Otakku berfikir, semuanya aturan Allah SWT, aku yakin suatu masa jodohku akan tiba. Dengan siapa, bila, di mana dan bagaimana itu aku tak tahu. Pengetahuan manusia memang terbatas, manusia tak boleh menjangkakan apa yang berlaku selepas ini, esok dan seterusnya" 


Iman : Jom kahwin awal nak?
Akal : Eh, kenapa pulak tibe-tibe? Kan kite tengah study lagi?
Nafsu : Yelah...apelah! Study tak abes lagi, dah gatal nak kahwin.

********

Iman : Abes tu..kau gatal couple dengan dia boleh?
Siang malam bersayang-sayang, tak dan kalau tak message, tak jumpa sehari.

Akal : heeeeeeeee.......ala..biasalah ghindu. Hehe..

Nafsu : Eleh...Kolot lah kau. Jumud! Otak sempit kau tahu tak? Biasalah orang couple, mestilah message tiap-tiap jam, dating tiap-tiap hari, kalo tak buat macam tu, nanti orang kate kau tu tak up to date, tak laku, tak cun..kau sanggup ke orang mengate diri kau?

*********

Iman : Kau ni couple ngan dia sebab sayang ke? atau tak sanggup nak dengar orang mengata kau? Cinta zaman moden skang hanyalah budaya dan ikut-ikutan. Sorang nak couple, yang lain pun nak couple. Seolah-olah satu kempen "Mari bercouple!" Kenapa kita tak terbalikkan je? Jadikan kempen "Mari kahwin muda"?

Akal : Opsss...! Hehe...Mula-mula memang ler aku kesian kat dia, nanti kalo aku tolak cinta dia, tak sampai hati plak nak lukakan hati dia. Lagipun dia encem, macho, ade duit, kete pun ade...senang nak gi mane-mane. Best-best! Emmm...Kahwin muda eh. Segan la..pakwe aku nak ke? Aku pun macam tak sedia lagi.

Nafsu : Yang kau loghat apesal, bia lah. Tengok tu, dulu malas blaja, skang..pergh!! Tiap-tiap hari pegi library. Dulu result takat paras hidung, nyawa-nyawa ikan, skang plak, apemacam? Hebat wohhh!! Student tip top, anugerah dekan setiap semester. Woi bro! Kahwin muda kau ingat senang ke? Kaya mak bapak kau.


*************

Iman : Kita kene beringat selalu, setan pernah bersumpah dengan Allah yang dia akan sesatkan anak Nabi Adam supaya dapat temankan dia di neraka. kau nak ke? Setan akan berusaha sedaya upaya dengan menjadikan kita berasa perkara haram itu banyak memberi banyak kebaikan. Jadi, pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan kita. Macam yang kau cakap tadi, daripada malas jadi rajin study.

Ajal maut, jodoh dan rezeki Allah yang bagi. Asalkan ada agama dan beriman insyaAllah, semiskin mana pun bakal pasangan tersebut Allah telah tetapkan sejak azali lagi bahagian rezekinya. Percayalah!

Akal : Neraka? gulp......Kahwin muda lagi? No komen!

Nafsu : Macam-macam plak kau. Abistu kau ingat nak kahwin awal senang ke? Kau pun konon berlagak macam ustaz, ilmu agama dah habis khatam ke? Baca al-Quran pun tergagap-gagap. Nak pimpin anak bini camne? Anak orang oi...belum pape rosak rumahtangga, hancur berkecai. Jap, aku nak kasi kau fakta sikit bia kau ternganga, lelaki jenis lambat matanglah daripada pompuan, ape citer plak?

***********

Iman : Memang. Memang lelaki lambat matang. Itu fitrah tetapi tak semua lelaki sebegitu. Ada yang cepat, ada yang lambat. Dan melalui kaedah kahwin mudalah mereka cepat jadi matang. Mereka akan belajar proses mendewasakan pemikiran, jasadiyyah, rohaniah dan sebagainya. Malah lebih manis lagi, mereka tidak belajar keseorangan, mereka belajar bersama-sama isteri tercinta. MasyaAllah!! So sweettttttt.......

Akal : a'alah...tak terpikir plak kepala otak aku. Pandai jgak kau ni eh. Macam tu ada can lah aku nak kahwin awal ni. Hehehe..malu. malu...

Nafsu : Cehhh...bajet jer tu. Aku pelik la..kau ni mesti ade muslihat. Kenape kau ber-iya sangat nak paksa orang kahwin muda? Apa yang buat kau teruja sangat pasal bab cintan-cintun, kahwin-kahwin? Kau tu nape tak kahwin muda? Nak suruh orang tapi diri sendiri? Hampeh jer....

**************

Iman : Aku bukan memaksa, aku hanya mengajak demi ke arah kebaikan dan lebih selamat. Cinta itu fitrah, jangan jadikannya sebagai fitnah apabila kita tidak mengikut guideline yang telah Allah tetapkan. Aku takde satu muslihat pun, niat aku baik.

Sebenarnye aku sedih. Sedih sangat. Aku sedih tengok remaja-remaja sebaya dengan aku sudah jauh dengan penghayatan agama yang sebenar. Budaya islam bagai sudah tiada tempat dalam jiwa mereka. Malah budaya barat yang mereka gila-gilakan sudah menjadi darah daging dan sebati dengan selera nafsu mereka. Fesyen, hiburan, couple, sukan contohnya bola sepak dan macam-macam lagi. Benda-benda ni sebenarnya bagus tapi telah dicampuradukkan dengan kelalaian dan tiada lillahi ta'ala.

Couple menjadi satu fenomena, budaya atau ikutan para remaja Islam. Kita perlu berusaha untuk menjernihkannya kembali, kita perlu mencegah budaya ini daripada meliar dan terbabas jauh menyimpang daripada norma-norma agama. Cegahlah daripada membarah. Selamatkan kawan-kawan kita. Jadikan kahwin muda sebagai salah satu kaedah untuk mencegah kegilaan nafsu dan anak luar nikah.


Ayuh! Mari berkempen "Syoknya nikah awal!" Jadikan kahwin muda ini sebagai satu fenomena, budaya dan ikutan para remaja, mahasiswa universiti dan anak muda. Jika sekarang ini kita boleh bilang dengan jari tangan bilangan kawan kita yang sudah berumahtangga, jadikan ia pada suatu masa nanti nak bilang dengan jari kaki pun tak cukup. 

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Nasihat Buat Masturat

Nasihat dari Ust Ibn Batoota al-Jawsiy yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih muda belia.

------
Nasihat beliau buat semua Masturat (Muslimat/Muslimah):-

... "Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?

Sudah hilang ketabahannya?

Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.

Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"

Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;

Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...
Ngurat sikit, dah sangkut....
Ajak couple sikit, terus setuju...
Lepas tu, putus cinta,meleleh2...
Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?

Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?

Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...

Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...

Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...

Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?

note: "Ada mata dan telinga kan semua?" Sami'na wa atha'na (dengar dan taat) InshaALLAH.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Saturday, July 14, 2012

Astaghfirullah T_T

You see my friends, segala kejadian dalam hidup kita, kita tak tahu dan tak kan tahu. Sekarang ni kita sihat, segar bugar, but do we know what will happen to us tonite or after now? Can we predict it? And yet, kita terus buat planning nak gi sana, nak buat ni... if its good deeds, InshaALLAH, niat je pun dah dapat pahala. But what if kita niat nak buat benda tak elok? Malam ni nak gi tengok wayang ngan kengkawan, malam ni nak gi karaoke dengan BFF, malam ni nak gi candle-light dinner ngan awek untuk meraikan birthday dia? ALLAH! Kalau malam ni TIADA lagi buat kita, camne? ALLAH!!!

Ya ALLAH, bagaimana bila sampai saat ku nanti? Dalam usia yang menghampiri penghujungnya ini, dengan bermacam dosa dan noda yang terlipat dalam sejarah kehidupan, bagaimana kalau aku yang KAU jemput tiba tiba Ya ALLAH :'( Adakah taubatku KAU terima Ya ALLAH. Adakah segala amalan ku yang sedikit ini KAU iktiraf Ya ALLAH. Bagaimana aku nanti Ya ALLAH. Ya ALLAH, ampunkan aku yang hina ini Ya ALLAH! Ampunkan aku yang berdosa ini Ya ALLAH! Dosa pada ibubapa, dosa pada anak2, dosa pada adik beradik, dosa pada saudara mara, dosa pada jiran2, dosa pada rakan taulan, dosa pada semua ummat Muhammad SAW seluruh alam Ya ALLAH!!! ALLAH! ALLAH! ALLAH!








BILA SAMPAI JEMPUTAN TANPA APPOINTMENT
BAGAIMANAKAH AKU TIKA ITU
MASIHKAH AKU LENA BERADU
DENGAN CINTA DUNIA PENUH DIDALAM HATIKU
SEDANG AMALAN YANG SEDIKIT CUMA
ENTAHKAH DITERIMA
ATAU DILEMPAR KEMUKA
ASTARGFIRULLAHALAAZIM!
BILA SAMPAI JEMPUTAN TANPA KIRA WAKTU
RUMAH, KERETA, APAPUN HARTA
AKAN DIAM MEMBISU
SUAMI, ANAK-ANAK, IBUBAPA, SAUDARA, JIRAN, RAKAN SEGALA
MENGIRING SEKETIKA
KEMUDIAN PERGI BERPALING MUKA
TINGGAL AKU,
HANYA AKU DI SANA
PENYESALAN DAN AIRMATA DARAH TIADA GUNA
AMALAN SAJA PENEMAN SETIA
ITUPUN KALAU ADA YANG DITERIMA
AMPUNKAN AKU YA ALLAH!
AMPUNKAN AKU YA ALLAH!
AMPUNKAN AKU YA ALLAH!

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك