Saturday, November 5, 2011

Salam Eidul Adha :)



Salam Eidul Adha buat sahabat2 yang kukasihi semua...semoga kita dapat pengajaran dari kisah pengorbanan Siti Hajar,untuk mempertingkatkan lagi keimanan kita untuk menggapai impian muslimah sejati.isteri Solihah insyaAllah....

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan m6engingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.

gambaran seorang istri yang taat kepada suaminya. Ditinggalkan dakwah oleh suaminya. Ditinggalkan sendiri dan bukan satu atau dua hari karena perjalanan Nabi Ibrahim Alaihi Salam dari Mekah ke Syam sangat jauh dan belum ada pesawat udara. Hal itu bisa menjadi bahan renungan bagi kita, terutama tentang keadaan Siti Hajar. Bagaimana ia mendapatkan makanan, minuman, pakaian untuk melanjutkan hidupnya? Bahkan, tidak ada tempat tinggal dan tidak ada siapa-siapa. Namun, itu semua diterimanya dengan sabar, ikhtiar, dan tawakal karena sebagai wujud ketaatan terhadap suami yang hakikatnya ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .


Kesabaran merupakan spesifikasi yang dimiliki manusia. Kesabaran tidak digambarkan pada binatang dengan berbagai kekurangan dan dominasi nafsunya. Kesabaran juga tidak digambarkan pada malaikat karena malaikat diberi sifat ketaatan atas perintah Allah dan tanpa diberi nafsu untuk pembangkangan.

Adapun ciri sabar dapat dilihat dari sikap seseorang ketika awal terjadinya suatu musibah, masalah, atau cobaan lainnya. Hal itu didasarkan yaitu :

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda yang artinya,
Sabar itu hanya pada goncangan yang pertama.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ciri sabar yang lainnya ialah seseorang yang dapat menenangkan anggota tubuh dan lidahnya ketika tertimpa musibah, masalah ataupun cobaan lainnya juga.
moga pengorbanan kita ikhlas dan mendapat ganjaran disisi Allah SWT..
Pengorbanan sebenar di sebalik Eidul Adha ini ialah :

1- Berkorban untuk melaksanakan perintah Allah & Rasul
2- Berkorban untuk melaksanakan kewajipan kepada ibu bapa
3-Berkorban untuk melaksanankan kewajipan sebagai seorang suami atau pun seorang isteri
4- Berkorban untuk melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar
5- Berkorban di dalam kehidupan seharian kita untuk mendapat Redha Ilahi..


Eidul Adha atau Hari Raya Qurban merupakan satu perayaan yang disyorkan untuk meng’flashback’ peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t. Juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana pada bulan ini diperintahkan juga umat Islam yang bermampuan untuk menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram


سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك