Tuesday, May 1, 2012

Cukuplah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Diri ini mendambakan insan seperti dirinya, namun apakah diri ini telah berusaha sedaya upaya untuk menjadi sepertimana dirinya?...pada pandangan mata dan hati merasakan dialah insan yang didambakan oleh hati ini, namun adakah dia juga merasakan yang sama? jika ya, apakah dia adalah insan yang terbaik yang diciptakan oleh ALLAH untuk menemani diri ini hingga ke akhirnya..?

..Cukuplah cintai dirinya dengan keikhlasan...
..Cukuplah cintai dirinya di kejauhan...
..Cukuplah cintai dirinya dengan kesederhanaan...
..Cukuplah cintai dirinya dalam diam...

ku teringat kisah di antara Fatimah RA dan Saidina Ali RA yang saling memendam rasa dan akhirnya dipertemukan dalam satu ikatan suci yang indah.. SubhanALLAH!

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

Kerana harapan itu belum tentu..
Kerana tiada yang tahu rencana ALLAH.. 
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. 
serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. 
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

Ku teringat firman Allah SWT yang bermaksud...
"..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

Doaku..
"..Ya Allah, seandainya dia diciptakan untukku, Engkau satukanlah hatiku dengan hatinya, namun seandainya dia bukan untukku, Engkau jauhkan hatiku dengan hatinya, agar hilanglah kegelisahan hati dan juga kesedihan jiwaku.. padaMu jualah ku memohon.."



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

IJTIMA' (Perhimpunan ISLAM)

بسم الله الرحمن الرحيم



Semua orang Islam (lelaki) di jemput hadir. Ijtimak - Perhimpunan orang2 Islam. Tidak terbatas untuk Jemaah Tabligh sahaja, tetapi ianya perhimpunan untuk semua orang2 Islam dengan ada satu Fikir dan satu Hati risau pada umat. Bagaimana semua orang Islam ada satu fikir untuk bawa balik saudara Islamnya yang lalai dan jauh daripada perintah ALLAH SWT berusaha untuk bawa mereka kembali taat pada ALLAH SWT.


Mohon doa kaum masturat (wanita) supaya ijtima' berjalan dengan lancar dan dapat mngeluarkan jemaah sebanyak mungkin, dan kalau mampu, puasa :)



TARIKH IJTIMA MALAYSIA 2012, inshaALLAH



Kuala Lumpur : 19/5/2012 ( Masjid Sri Petaling, KL )
Perak : 22/5/2012
Penang : 25/5/2012
Kedah & Perlis : 28/5/2012
Kelantan : 31/5/2012
Terengganu : 3/6/2012
Pahang : 6/6/2012
N.Sembilan & Melaka : 9/6/2012
Johor : 12/6/2012
Kuching-Sibu : 15/6/2012
Bintulu-Miri : 17/6/2012
Beaufort-K.Kinabalu : 21/6/2012
Tawau-Sandakan : 24/6/2012



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك