Friday, December 14, 2012

Rabi'atul Adawiyah ♥


bismillahirrahmanirrahim.


Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s.
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH....

Berkongsi sedikit kisah mengenai seorang wanita yg aku anggap seperti Mentor untuk aku terus berjuang dalam Islam...


Kisah Rabiatul Adawiyah
 
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
 
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
 
Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
 
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
 
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
 
Wassalam.
 
Kisah diceritakan oleh ustaz Daud Che Ngah.

إن شاء الله تعالى. الحمد لله رب العالمين.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Friday, September 7, 2012

Qullu Sanad Wa Ana Thoiba :')


Bismillahirrahmanirrahim. Assalam'alaikum warahmatullahi wabarokatu. Hari semalam dalam sejarah kerana pada tarikh itulah ana dilahirkan. Ana bersyukur sangat sebab dilahirkan di Malaysia kerana tiada berlakunya peperangan, penindasan dan bermacam-macam lagi yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh dunia. Ana juga bersyukur sangat sebab ana masih di panjangkan umur walaupun hidup ana sebelum ini penuh sia-sia. Selama 18tahun menikmati kurniaanNYA, begitu banyak masa ana terbuang dengan kelalaian yang dilakukan di dunia ini yang sepatutnya di penuhi dengan amal ibadat. Alhamdulillah, kini ana sedar akan tanggungjawab ana yang selama ini di ambil mudah.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik?Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Dan janganlah kau leka kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNya dan ingatlah Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka kelak.
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). [Ali’Imran : 178]

Ya Allah, semakin jauh aku langkah, umurku meniti hari. Ku pohon hidayahMu. Moga di hari lahirku ini, berkatilah umurku dan izinkan aku semakin dekat dengan redhaMu. Ya Allah, panjangkanlah usiaku agar lebih lama dapat ku mentaatiMU. Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang. Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya. Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku ini. Jadikanlah cahayaMU yang bersinar menyinari jalanku. Rehatku adalah rantaian zikir, rantai yang ku kalungkan pada leherku sebagai tanda cintaku padaMU. Ya Allah, ku berharap agar Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku mencari haruman Syurga ciptaanMU, tempat rehat dan nikmat abadi. Aamiin ya Rabb

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Thursday, September 6, 2012

Berhenti Bermimpi Berimpian

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikumwarahmatullah......

Pabila melihat gambar di atas.. Betapa hati ini tersentuh... Melihat hari bahagia yg diimpikan setiap insan.... Pakaian yg ingin disarungkan oleh setiap muslimah yang hatinya ingin dibelai dengan Agama oleh pemimpin hidupnya... Gambar di atas mengingatkan aku pd seseorang... hemmm..... Tak perlu nak ingat lagi..... Krn aku tak mahu berimpian lagi... Bukan aku tidak percaya kpd takdir.. Tapi.... Setiap kali diri ini percaya pd 'ikhlas' seseorang, Setiap kali diri ini bersungguh2 memberi komitmen... Setiap kali diri ini mula rs yakin....... Setiap kali itulah..... ia ranap tiba2.... Puas aku fikir.... Di mana lah lagi silapnya??? Ya Allah.. maafkan aku andai aku sdg mengeluh.... Tapi yg pasti... Yang dirasa kini,,, aku sudah tidak mahu berimpian lagi... Seandainya ada teman hidup utk ku di dunia ini,,, aku hanya bermohon agar dipercepatkan dan dipermudahkan.... Seandainya aku mmg ditakdirkan tiada teman hidup di dunia ini,,, Jauhkan aku dr lelaki2 yg tidak jujur... Peliharalah aku sebaiknya... supaya aku dapat menjadi masturat yg sejati.... Semoga aku bisa menjadi bidadari di syurga kelak... Semoga aku akan menjadi pendamping setia buat Raja ku di syurga kelak... Ya Allah... Jangan berikan aku sedih krn tiada jodoh... Tapi brilah aku rs senang hati .... Senang hati dgn jalan hidup yg telah Engkau takdirkan ini... Berilah aku susah hati pd maut.. susah hati pd dosa2 ku.... Krn...

AKU HANYA INGIN SETIA PADA SUAMI YANG BAKAL KAU KURNIAKAN UNTUK KU.... SAMADA AKAN KAU KURNIAKAN DI DUNIA ATAU PUN DI AKHIRAT KELAK......

TIADALAH INGIN DIRI MEMANDANG YANG LAIN SELAIN YANG HANYA KAU KURNIAKAN UNTUK KU.....SI BELAHAN JIWA KU.....

WALAU SELAMA MANA PUN...

JIKA ENGKAU MENANGGUHKAN KURNIAAN UNTUKKU ITU ..

UNTUK KU MILIKI DI SYURGA KELAK...

INSYAALLAH....

HATI INI BERSABAR....

&...

JODOH DI DUNIA ITU BELUM PASTI....TETAPI MAUT ITU SUDAH PASTI............



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Memang Aku Kolot

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.......

Duhai lelaki..... Diri ini punya prinsip, Sekiranya kamu seorang yang beragama, Kamu tidak akan ragu dgn prinsip ku ini.. Kamu tidak akn mempersoalkan prinsip 'kolot' ku ini...

Ya... Memang aku wanita kolot.... Bertudung labuh, takde awning, tudung senget benget.. Baju lusuh tak berwarna ceria... Bukan aku tidak sukakan keindahan perhiasan, Tapi aku simpan keinginan ku itu semua, Untuk aku persembahkan hanya di depan zauj ku kelak....

Memang aku kolot.... Tidak pakai kasut tumit tinggi... Tidak bersanggul tinggi... Tidak berminyak wangi... Tidak berbedak di pipi.... Tidak dressing ikut style terkini.... Semua tu akan ku lakukan kelak... Tetapi,, hanya di dalam syurga rumah tangga ku... Kerana di sana, Hanya mata yang halal dapat menatap.....

Memang tipu... Kalau aku katakan aku tak suka berdandan cantik2 mcm princess Dyana, Aku tak suka mekap cantik2 macam artis neelofa, Pakai seksi2 macam ratu Amerika, Aku ada nafsu spt manusia lain.. Ya aku nak sgt pakai itu semua... Tapi... Di sinilah aku berjihad nafsu ku... Aku menahan segala keinginann ku itu... Dan aku biarkan tubuhku ku ni tertutup dengan jubah lusuh, Wajah ku ini hanya mengenakan toner wudhuk, Memakai kerudung bagaikan 'khemah bergerak'.. Kerana, aku yakin.. Aku pasti dapat merasai cantik seperti mereka.. malah lebih cantik drp bidadari... Mereka yg mengkeji ku selama ni pasti rasa dengki dgn kecantikan ku kelak... Dan pasti mrk akan menyesal... "aku menyesal kerana telah mempamerkan kecantikan kami di dunia, sekarang semuanya telah digantikan dengan kehodohan lagi busuk"...

Pengorbanan nafsu hari ini,.. pasti akan digantikan dengan keindahan kelak...... Siapa yang menjadi Raja rumah tangga ku, maka hanya dialah yang berhak menatap ku, yang tidak aku persembahkan di luar sana... Dia adalah special.... Dan dia akan rasa diri ku juga special, sekiranya dia hanya mencintai ku kerana Allah.... Apabila cinta Allah menguasai hati,,, kecantikan imannya mampu melindungi kecacatan fizikalnya....

SubhanALLAH...



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Thursday, August 23, 2012

♥~ KISAH CINTA RITHAH AL HAMQA ~♥


Bismillahirrahmanirrahim...



Ada seorang hamba Allah ini. Dia keliru dengan cintanya. Dia amat sedih sekali. Insan yang dicintai sekian lama tidak juga kunjung tiba untuk melamarnya. Insan lain yang tidak pernah dikenalinya pula datang merisiknya. Dia tidak tahu siapa harus dipilih. Lalu dia menangis dalam sujudnya memohon petunjuk daripada Allah dikala itu. Usai doanya dia pun membuka tafsir quran. Berharap sangat sedikit motivasi dari kitabullah itu untuk meredakan kesedihan yang melandanya detik itu. Lalu dibukanya. Terlintas dimatanya satu ayat dari surah An-NahI ayat 92

“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali…”
Alhamdulillah, Allah masih sudi mendengar rintihan hati kotor ini. Terasalah dia bahawa Allah sedang memujuknya. Teramatlah terharunya insan ini kerana Allah masih sudi mendengar doanya kala itu.

Mari kita hayati kisah disebalik kisah ini.
“Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na­mun belum datang seorang pemuda pun memi­nangku…? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?” Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma’zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri.

Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh. Namun sayang usaha si ibu tidak juga menam­pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam­pak batang hidungnya.

Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men­jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?” Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak­hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu ber­sedia menikahi gadis Bani Ma’zhum yang telah tua itu..?

Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka­yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja si jejaka telah berha­sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apa­san dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi­an suami yang tidak tentu ke mana perginya.

Kesedihan dan kemurungan­nya dilepaskan Rithah dengan membeli be­ratus-ratus buku benang untuk di­pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi men­jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be­gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata­kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman) AI-Qur’anul Karim meng­abadikan kisah gadis Bani Ma’­zhum ini dalam surat An-NahI ayat 92),

“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali…”

Yang dimaksud Al­Qur’an dengan ‘wanita pengu­rai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah Al­Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum ter­sebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di­hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su­dah teramat sangat ingin men­dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda:
“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita un­tuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka­lau ibu Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat­kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. 

Allah sen­diri telah berfirman:
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.


Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma­salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwan yang datang meminang merupakan ujian yang – wallahu a’lam – sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam ma­salah jodoh malah mem­buat kehidupan selepas nikah jadi tidak seindah semasa masih bujang. Di samping itu kita pun harus tetap men­jaga kemur­nian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring ada ­dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita.

Sungguh beruntung se­kali menjadi orang-orang muk­min. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan ber­sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya. 

Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap te­lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan se­suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut.
Si­kap kita yang paling baik da­lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.

“Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)
Akhir sekali kisah Rithah mem­berikan ibrah(pengajaran) kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.


Rabbku..
andai cinta itu indah
jangan indahkan cintaku kepada DUNIA
kerana aku takut
andai cinta itu
Melebihi kasih rinduku padaMU
Biarkan daku lelah dahagakan cintaMU

cintaMU penuh ujian tetapi menyejukkan
selalu membuat aku menangis
tetapi selalu aku terkenang-kenang
Mana ada yang bisa menyembuhkan kedukaanku 
selain Engkau Ya Rabbku
Engkaulah yang sentiasa mendengar munajatku
menjaga di saat jaga & lelapku

Kalaulah di dunia aku di hadap cinta
yang membuatkan waktu ku berkurang bersamaMU
adakah masih redhaMU jadi hala tujuku

Daku terlalu dhaif tanpa cintaMU
janganlah biarkan daku kehilanganMU
Sekalipun dunia ini di letakkan di tanganku
ku mohon 
Jangan pernah kau biarkan aku tertipu
jangan gantikan DUNIA dengan CINTAMU
kerana DUNIA bukan hala tujuku

arahku..
jalanku...
destinasiku..
untuk menggapai redhaMU...

-MaWaRSyurGa-

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Tuesday, August 14, 2012

Soal HATI ~♥


Sewaktu suatu ketika saling berbalas messagedengan sahabat nun di UIA Gombak sana, secara tidak sengaja persoalan hati dikeluarkan.
"rindu Rabiatul juga. Biasa la, sihat Alhamdulillah. Tapi dalaman tak berapa sihat. Macam mana nak jaga hati ni ye Rabiatul?"
Soal hati. Dan perasaan.
"Daripada maksiat. Daripada zina hati. Daripada segala dosa. Daripada lelaki. Tak suka la. Org sekarang ramai duk bercouple. Kita tak nak. Tapi kawan yang rapat semua dah ada. Keinginan tu ada tapi nak elak. Susah sangat. Macam mana ea?"
Dia seorang sahabat yang bukan daripada jurusan Bahasa Arab seperti saya. Mula mengenalinya melalui perantaraan seorang roommate yang juga satu jurusan dengannya. Seorang muslimah yang sangat periang dan ramah. Sungguh! Cepat sahaja mesra kerana perwatakannya yang 'happening' serasi dengan diri.
Peribadinya yang satu itu mengagumkan. Yang mana tidak saya temui ketara pada sahabat lain sekalipun mereka yang satu jurusan. Satu yang terlalu mengajar saya, sikapnya yang dahagakan ilmu. Sikapnya yang tidak malu walau tidak tahu dan terus bertanya andai tidak memahami sesuatu perkara. Merendah diri. Saya malu sendiri dalam rasa dihargai kerana selalu sahaja bertanya kepada diri ini. Sedangkan saya sendiri maklum tidak banyak ilmu yang saya tahu untuk dikongsikan dan menjawab soalan-soalan daripada dia seorang muslimah manis bertudung labuh.
Love ya friend!
Dari dulu sampai sekarang sahabat sudi menjadikan diri tempat luahan untuk berbicara tentang soal perasaan dari hati ke hati. Dan dari situ diri memahami isu cinta ini evergreen. Sungguh saya tidak pernah bosan. Malah bukan hak saya untuk mendengar acuh tidak acuh setiap perkongsian daripada sahabat. Raikan ceritanya. Walaupun melihat kepada kisah hidup saya, saya bukanlah seorang yang layak untuk berbicara tentang cinta. Kerana saya masih belum cukup makan garam!
Ada kisah tersepit kerana cinta. Ada kisah keinginan mahu berubah terkadang terasa payah kerana cinta dulu datang mengundang. Ada kisah tangis disebabkan cinta. Ada kisah yang keliru dalam mengejar cinta. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah terus mendengar dengan hati terbuka. Don't ever easily judge them but help them till the end.
Terkadang ada sahabat yang mendesak diri ini supaya menceritakan soal hati kerana hanya dia sahaja yang berkongsi. Bukan saya tidak mahu tetapi tiada apa yang menarik tentang cinta untuk diberitahu. Rasa suka itu pasti ada tanda kenormalan hormon tetapi sekejap sahaja. Sukar meminati seseorang. Sukar jatuh cinta. Jadi, tiada cerita. Mungkin kerana masih meminati 'Barbie' dan melangut kepala menonton 'Totally Spies'? (Tak adalah. Saya gurau sahaja. He he.)
Prinsip. Tidak ada yang boleh mengambil tempat 'dia-yang-entah-di-mana' selagi belum ada ikatan sah. Prinsip. Tidak mahu dimabukkan dengan khayalan cinta yang tidak pasti. Prinsip. Jangan biarkan cinta yang tidak diundang meruntuhkan pendirian seorang muslimah dalam diri. Prinsip. Hidup ini bukan sekadar untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia. Prinsip. Katanya seorang da'ie, kau harus kuat untuk mendidik ummah jadi jangan mudah lemah kerana cinta!
Mungkin kerana prinsip ini yang membuatkan diri tetap pada pegangan. Anda juga begitu, bukan? Maka pegang ia kemas-kemas. Saya mahu dia yang ikhlas dalam cinta terhadap agama jadi saya juga berkeras mendidik jiwa meletakkan Dia yang pertama di dalam hati. Walaupun saya tahu masih belum berjaya. Payah. Terlalu kerana cinta dunia itu bersifat mengasak. Namun, pasti terus usaha! Bukan mudah untuk menjadi muslimah yang kental melawan arus cinta zaman kini. So, just take the challenge!
Lelaki pada saya begini. Yang lebih tua bagaikan seorang abang untuk dihormati. Yang lebih muda dianggap bagai adik sendiri untuk dikasihi. Yang sebaya sebagai sahabat seperjuangan. Ada yang lebih mengambil pendekatan untuk lebih menjaga. Tua atau muda sama sahaja. Raikan pendiriannya. Kerana kita masing-masing membesar dalam suasana persekitaran yang berlainan. Yang penting, syariat dan batas itu mesti tetap terjaga.
Apabila begitu, saya mengajar diri untuk tidak mudah membenarkan sesiapa menyentuh hati saya. Sering saya ulang supaya jangan terlalu mudah perasan dan cepat melatah. Tidak bermakna lelaki yang menegur kita punya perasaan. Ada segelintir yang punya semangat setiakawan yang tinggi. Raikan mereka. Kerana mereka juga manusia seperti kita. Rai sekadarnya yang perlu. Namun, mana yang berkehendak lebih, nantikan 'sepakan penalti'.

(Photo credit: seyed mostafa zamani via photo pin cc)
Suatu hari, ketika seorang sahabat pulang daripada bersiar-siar dan kembali ke bilik, dia mula berkongsi cerita. Katanya, sewaktu berada di dalam kedai buku dia terdengar seorang lelaki mengatakan...
"Sebelum aku kahwin, aku mahu bahagiakan ibu bapa aku dahulu."
Tersentap. Saya yang terasa.
Saya dan dia sama-sama mengiyakan kenyataan itu.
Jauh merenung. Kata-kata itu dalam maksudnya. Saya ambil serius.
Sebelum aku kahwin, aku mahu benar-benar merasai cinta Ilahi.
Sebelum aku kahwin, aku mahu mengutip pengalaman selama mana hidup sendiri.
Sebelum aku kahwin, aku mahu persiapkan hati untuk menghadapi cabaran mendatang.
Sebelum aku kahwin...ah, entahkan sempat atau tidak!

Yang pasti, akan kahwin atau tidak, ajal pasti akan datang.
Sebelum kematian datang menjemput, tidak dapat tidak diri mesti sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Seharusnya ditukar 'Sebelum aku pergi...', kemudian baru menyedari begitu banyak perkara yang masih perlu dilakukan selain hanya berfikir 'Sebelum aku kahwin'!
Menjalani kehidupan mencari sebenar-benar hakikat cinta.
Kesimpulan.
Ini kesimpulan yang panjang. Apa yang mahu disampaikan kali ini.
Cinta manusia. Salahkah?
Tidak salah tetapi jangan sampai diri lemah kerananya. Apabila kau menyedari diri merupakan seorang pejuang maka itulah fokus kehidupanmu. Ya, melalui cinta juga diri bisa berdakwah. Berdakwahlah sekalipun dengan isu cinta manusia yang kerap kali terulang. Namun ingat, hati juga perlu pengisian yang lebih daripada sekadar cinta itu. Perluaskan skop pandangan melihat perkataan 'cinta'. Hebat andai pada tiap lintasan di minda, anda sentiasa mentafsir perkataan 'cinta' itu adalah cinta kepada Allah. Nah, begitu yang kita mahu. 
Tidak salah. Kerana itu adanya perkahwinan untuk merai fitrah manusiawi. Tidak salah mahu berbicara soal kahwin dan merancangnya mengikut syariat kerana itu juga yang dianjurkan Rasulullah. Namun lebihkan pada perancangan dan pengurusan diri. Tidak usah melihat jauh, lihatlah terlebih dahulu pada solat lima waktu sehari semalam. Apakah berusaha didirikan pada awal waktu?
Tidak salah tetapi usah kau keliru memandang cinta. Cinta yang tidak syar'ie tiada sebab untuk kau cemburui. Bersabarlah. Jodohmu pasti tiba andai takdir ada di dunia. Jangan mengambil jalan mudah dengan menjalin hubungan cinta yang membelakangiNya. Itu cinta nafsu! Tiada keberkatannya andai lorong itu yang diambil. Maka, waspadalah. Kerana syaitan itu bijak menghias perkara maksiat pada penglihatan sebagai suatu khayalan indah.
Tidak salah tetapi berjaga moga tidak cenderung ke arah cinta manusia yang tidak halal. Rentetan itu hati menjadi sedih tatkala cinta tidak seperti yg diidam. Tidak salah mula mencari andai diri itu sudah diketahui bersedia memasuki fasa baru. Namun berpadalah. Jangan sehingga pencarian menjadi racun kepada ibadah.
Tidak salah. Tetapi ketahuilah, mereka yang mendekati cinta manusia hanya akan memikirkan manusia. Kata novelis terkenal, Ustazah Fatimah Syarha, mereka yang menginginkan perkahwinan sebagai jalan tutup daripada terjebak ke dalam maksiat zina sebenarnya mendedahkan bahawa kehidupan dirinya dekat kepada jalan-jalan zina seperti SMS, calling,dating dan lain-lain. Begitu juga, apabila mereka yang benar-benar menginginkan cinta Allah pastinya melazimi diri dengan perkara yang membawa kepada kebaikan dan mengisi fikiran dengan perkara yang memberi nafas segar terhadap iman.
Jernihkan hati mencari diri.
Kita hanya hamba yang melalui tempat persinggahan sebelum kembali kepadaNya.
Dunia itu penuh tipu daya maka persiapkan diri menghadapiNya.
Cinta itu bukan noda tetapi kitalah yang sering mewarna hitamkan kanvas cinta sendiri.

Peringatan sepenuhnya buat diri.
Kerana saya juga seorang remaja.
Kerana saya juga seorang manusia yang keliru.
Menyedari itu mesti berpegang erat pada prinsip agama.
Sebelum ditarik cinta bercelaru bernafsu.

Ingat, hati itu juga harus kita bina sekental kanak-kanak Palestin yang bangkit mempertahankan agama yang tetap sahaja tersenyum walau dilumuri darah.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Cerita CINTA


Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku, Nurul Iman.

"Assalamualaikum, Shera," katanya kepadaku.

Aku tersenyum sewaktu memandang wajahnya, sungguh lembut dan tenang hati memandang. "Waalaikumsalam," jawabku.

"Nun termenung jauh, sedang berfikir tentang apa?" tanya Iman.

Perlukah aku beritahu dia? Siapakah dia? Adakah berhak dia mengetahui segala isi hatiku walhal kami baru sahaja kenal? Haih.. Entahlah. Apa yang pasti, tidak mampu aku mengeluarkan kata-kata pada saat itu. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan.

Biarpun aku tidak menjawab persoalannya, dia tidak mengambil hati. Malahan, dia masih mengatur bicara untuk memecahkan kesunyian di antara kami. "Hmm.. Mesti awak tengah fikir tentang cinta, kan?"

Aku masih diam membisu. Sungguh mudah dia menebaknya. Apa jelas sangatkah kelihatan mengenai isu itu di rautku? Diukirnya sebuah senyuman di wajahnya yang mulus. Mahu dikatakan dia cantik seperti supermodel, tidak. Mahu dikatakan dia tidak cantik, menarik pula bila dipandang wajahnya. Apa yang pasti aku dapat merasakan satu ketenangan di saat aku menatap wajahnya. Dia kelihatan baik. Kelihatan seperti boleh dipercayai. Senyuman di bibirnya masih terukir.

Dilihatnya wajahku seraya menyambung kata, "Bercinta ni seronokkan?"

Tersengih aku dibuatnya. Mahu sahaja menjawab seronok tapi hati segan pula. Dia seakan mengerti perasaanku yang mungkin agak segan untuk berbicara soal ini. Apatah lagi, aku tidak pernah mengenalinya.

"Rasa macam di awang-awangan. Apa orang kata? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... Kan?" tanpa jemu dia cuba mendapatkan responku.

"Hmm.. Mungkin," jawabku ringkas.

"Haa? Mungkin?" soalnya disusuli dengan tawa nipis.

Aku hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.

"Awak pernah bercinta?"

"Entahlah. Saya pun tak tahu nak kata macam mana," aku meluahkan kepadanya.

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pasti?"

"A'ah. Mahu dikatakan kami bercinta, kami tidak pernah declare pun. Mahu kata tidak, kami berhubungan lagaknya seperti orang yang bercinta. Saya sendiri tak pasti."

"Titt!" Telefonku berbunyi menandakan masuk satu mesej. Terus aku buka dan baca, 'Nenek! Nenek dah sombong kan, sekarang? Asyik busy je. Jom jumpa! :D'

Entah mengapa aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Haziq yang ku gelarnya 'atok'. Terus laju jariku menari di atas butang-butang telefon bimbitku, membalas mesej kepada rakanku itu. Sedari sekolah lagi kami memang rapat. Biarpun sering bertengkar, tapi hubungan kami bertambah mesra. Aku berasa senang bila bersamanya. Ada semacam perasaan seronok dan adrenaline ku laju mengalir dalam tubuh di saat aku meluangkan masa bersamanya.

'Ahah. Tak pasal-pasal lah atok ni! Sombong apa ke benda nya? Awat? Rindu eh? :p'

-message sent-

"Dapat mesej dari yang tersayang ke?" soal gadis berlesung pipit itu melenyapkan khayalanku sebentar tadi.

"Isy.. Bukanlah. Kawan je," jawabku tersipu-sipu malu.

"Iye ke?" nadanya seolah mengusikku. "Kalau kawan takkan lah senyum lebar sampai ke telinga?"

"Titt!" -message in-

'Mestilah rindu nenek yang tersayang ni...... :*'

Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku tersenyum pabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan lelakiku itu. Seolah-olah satu tindakan luar kawal. Seolah-olah adrenaline ku tidak mahu surut pabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengannya. Hmm... Aku jadi terfikir mungkinkah aku sedang bercinta tanpa aku sedari? Mungkin inilah yang dikatakan cinta cuma aku masih mahu menafiknnya selagi kami tidak official? Ah! Tak! Tak mungkin! Takkanlah kami bercinta sedangkan kami selalu bertengkar?

Aku ketepikan sebentar telefon tanganku, seraya menjawab persoalan yang diajukan oleh teman sekamarku, "Sungguh, lah. Kitorang kawan, tak couple pun. Hmm.. Kalau kamu nak tahu, dari dulu sampai sekarang memang niat Shera nak cinta pertama dan terakhir untuk suami Shera je. Tak nak lah kongsi dengan orang lain. Apa seronok. Nanti kalau kita dah kahwin, dah tak rasa dah nikmat bercinta. Lagi satu, orang selalu kata cinta pertama paling susah nak lupa tak kira lama mana pun. Sebab first love selalu bagi kesan paling mendalam. Jadi, mestilah Shera nak suami Shera jadi cinta pertama. Tak nak lah bila kahwin nanti terkenang pulak dekat ex-boyfriend ke apa ke, kan?" Panjang lebar aku berikan jawapan. Terasa puas bila dapat beritahu pada orang tentang prinsipku biarpun ditanya berpuluh kali.

Wajahnya begitu lembut, ditambah pula dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya membuatkan aku senang untuk berbicara soal ini dengannya. Dia kelihatan begitu tenang sekali sebelum meluncurkan kata-kata daripada bibirnya.

"Oh. Baguslah macam tu. Seronok mendengarnya. Sejuk perut ibu mengandung."

Aku tersenyum mendengar setiap tutur bicara yang keluar daripada mulutnya. Kadang, ada timbul sedikit perasaan bangga kerana biarpun aku bukannya daripada keluarga yang alim-alim, yang memakai tudung labuh atau niqab, aku masih lagi berpegang teguh dengan prinsip. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengerti aku juga faham syara'. Aku faham Islam melarang hubungan couple sebelum bernikah.

"Hmm.. Awak, pernah bercinta?" ku tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.

"Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau orang yang tak pernah bercinta," ujarnya tanpa segan silu.

Kata-katanya itu membuatkan perasaan ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang, mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.

"Seriously? Tak tipu?" aku berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.

"Iya. Buat apa saya nak tipu awak?"

"Wow! Kalau macam tu, story lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dah couple?"

"No... No.. No... Saya lebih suka kalau awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebut boyfriend sebab saya ramai boyfriend tau.." ujarnya bergurau.

"Ish.. Tak sangka kan... Kamu ni nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata, alim-alim kucing? Eeee... Gatal......" usikku.

"Lah... Awak pun ramai boyfriend cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa."

Aik? Dikenakan aku semula. Loyar buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak memang kena dengan aku. Ishh......

"Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul Iman bt Yahya oii... Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman... Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun pasal kekasih hati kamu tu?"

"Hmm... Ada lah... Cuma awak tu.. Sibuk sangat bermesej dengan teman tapi mesra."

Aku hanya tersipu malu mendengar komennya.

"Awak ingat awak je rindu kat 'atok' awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish... Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat 'atok' pun tak boleh challenge kerinduan saya kot?"

"Aik... Ni macam dah lain dah ni? Rindu, rindu... Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh nak berpisah langsung dah ni.. Kan?" aku cuba mengorek dengan lebih mendalam lagi.

"Bravo! You got 10 points for the correct answer!" ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.

"Ish.. Seriously. Betul, kan kamu selalu dating? Kan kan?"

"Saya serious lah ni... Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergi dating lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah... Eeee... Takut tau kalau kena marah."

"Garang juga kan kekasih awak tu. Nasib baik lah 'atok' tu reti merajuk je, tak marah-marah."

Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Ha, marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau... Dia sweet sangat. Hari tu saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat," ujarnya sambil ketawa nipis.

"Hmm. Iya lah... Tapi kan Iman, kenapa Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak pernah pun nampak kamu SMS ke... Call ke... Pelik juga. Kamu ni saja reka cerita eh?"

"Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya."

"Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau saya kenal...."

"Betul ni nak tau?"

"Iya... Mana tau nanti kita boleh keluar sama," ujarku.

"Allah."

Aku terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.

"Mesti Shera terkejut kan kenapa saya cakap macam tu?"

Aku masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi...

"Tapi.... Tadi kamu kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kamu cerita as if he is a man. Tapi...."

Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.

"Shera, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?"

Tiada kata yang dapat aku susun untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.

"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."

"Shera, awak nak tak suami yang baik?" tanyanya lembut.

Aku mengangguk tanda ya.

"Kalau awak nak suami yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.

Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju.

"Jadi, apa kata sebelum awak bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"

Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yang sweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love story kita akan menjadi sweet.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Sunday, August 12, 2012

Bidadari Besi, Srikandi Medan Jihad

Bismillahirrahmanirrahim...



Kelihatan kelibat seseorang yang berpakaian HITAM, berbekalkan SERBAN HIJAU dan MENGGUNAKAN SKAF sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan HANDAL dan cermat mempamerkan kehandalannya BERKUDA dan bertempur dengan TOMBAK... Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan TOMBAKnya lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

SIAPAKAH gerangan pejuang ini?

Dialah pejuang wanita ISLAM yang begitu berani di medan perang, siapa sangka seorang WANITA tangkas bertempur dan berkuda...? dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu BIDADARI BESI ^_^

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman RASULULLAH SAW. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam... SKILL dan TEKNIK bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh AYAHnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang WANITA yang mahir bermain PEDANG dan BERKUDA. Khaulah memiliki kekuatan JIWA dan FIZIKAL yang kuat... Susuk tubuhnya TINGGI LAMPAI dan TEGAP. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. RASULULLAH SAW telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain...

Jika diteliti sirah BIDADARI BESI ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah ISLAM...

Dalam perang YARMUK, perang UTAMA yang menjadi medan kepada PEMBUKAAN KOTA SYAM. Beliau menjadi salah seorang yang MENONJOL dan MEMIMPIN KAUM WANITA yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami KECEDERAAN di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu...

Kisah KEHANDALANnya bertempur yang PALING MASYUR adalah dalam satu operasi tentera MUSLIMIN untuk menyelamatkan saudara LELAKInya iaitu DHIRAR yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus.... 

Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan KETAKJUBANnya tentang Khaulah yang ketika itu BELUM MENGETAHUI bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng,

"BELIAU berlawan seperti Khalid, namun jelas BELIAU BUKAN Khalid".

Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan MUSLIMIN masih belum dapat melihat SIAPA GERANGAN PEJUANG ITU, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. SANG PEJUANG nampaknya seperti MAHU MEMBUNUH DIRI kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera ROMAWI... Keberanian SANG PEJUANG memberikan SEMANGAT BARU bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan KHALID AL-WALID... SEMANGAT yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus TERLUPA akan KEPENATAN yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan SEMANGAT JUANG YANG TINGGI!!! 

Penunggang BERANI MATI itu terus DIIKUTI oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu... Lalu Khalid mendekati SANG PENUNGGANG KUDA itu lalu BERTANYA: "Wahai PEJUANG, tunjukkanlah wajahmu!"

Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentera Romawi.

Kemudian beberapa ORANG TENTERA Khalid menyusulnya dan BERKATA kepadanya: "WAHAI PEJUANG YANG MULIA, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! TunjukkanTUNJUKKAN kepada kami WAJAHMU dan sebutkan NAMAMU agar engkau dapat DIHORMATI selayaknya." Tetapi SANG PENUNGGANG KUDA kembali pergi seolah dengan sengaja merahsiakan identitinya. 

Ketika SANG PENUNGGANG KUDA kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan TEGAS untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya: "Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. SIAPAKAH KAMU?" Khalid HAMPIR JATUH DARI KUDANYA ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng KERANA yang didengarnya adalah SUARA SEORANG GADIS.

"Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawab pertanyaan kamu, hanya kerana AKU MERASA MALU sebab kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan AKU HANYALAH GADIS PINGITAN. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih."

Khalid kagum dengan AL-AZWAR, yang menjadi AYAH kepada pejuang yang berani, baik LELAKI mahupun PEREMPUAN.

"Kalau begitu bergabunglah bersama kami." ucap Khalid.

KESEDIHAN dan KEMARAHAN tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu DHIRAR BIN AL-AZWAR lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai PEJUANG, dan TIDAK LAGI BERADA DI BARISAN BELAKANG sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan SEBELUMNYA bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

P/S : Inilah kisah KHAULAH BINTI AL-AZWAR, seorang wanita yang sangat berani yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera Romawi. 

MAMPUKAH kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? 
MAMPUKAH kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya?

SIAPA kata WANITA itu LEMAH ???
Sirah telah membuktikan bahawa WANITA bukanlah insan yang LEMAH :) Tangan-tangan wanita walaupun lembut, hakikatnya yang akan menggoncang dunia. BIDADARI BESI ini wajar dijadikan contoh dalam kehidupan... MAMPUKAH KITA??
Tepuk DADA tanyalah IMAN. wallahua'alam. SESUNGGUHNYA HATI KITA MILIK ALLAH SWT~ <3 div="div">

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك