Friday, September 7, 2012

Qullu Sanad Wa Ana Thoiba :')


Bismillahirrahmanirrahim. Assalam'alaikum warahmatullahi wabarokatu. Hari semalam dalam sejarah kerana pada tarikh itulah ana dilahirkan. Ana bersyukur sangat sebab dilahirkan di Malaysia kerana tiada berlakunya peperangan, penindasan dan bermacam-macam lagi yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh dunia. Ana juga bersyukur sangat sebab ana masih di panjangkan umur walaupun hidup ana sebelum ini penuh sia-sia. Selama 18tahun menikmati kurniaanNYA, begitu banyak masa ana terbuang dengan kelalaian yang dilakukan di dunia ini yang sepatutnya di penuhi dengan amal ibadat. Alhamdulillah, kini ana sedar akan tanggungjawab ana yang selama ini di ambil mudah.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik?Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Dan janganlah kau leka kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNya dan ingatlah Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka kelak.
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). [Ali’Imran : 178]

Ya Allah, semakin jauh aku langkah, umurku meniti hari. Ku pohon hidayahMu. Moga di hari lahirku ini, berkatilah umurku dan izinkan aku semakin dekat dengan redhaMu. Ya Allah, panjangkanlah usiaku agar lebih lama dapat ku mentaatiMU. Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang. Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya. Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku ini. Jadikanlah cahayaMU yang bersinar menyinari jalanku. Rehatku adalah rantaian zikir, rantai yang ku kalungkan pada leherku sebagai tanda cintaku padaMU. Ya Allah, ku berharap agar Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku mencari haruman Syurga ciptaanMU, tempat rehat dan nikmat abadi. Aamiin ya Rabb

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك