Thursday, May 3, 2012

Cerpen: Suamiku Tabligh.

Alkisah...
 
Mawar merenung jauh di balik tirai jendela rumahnya. Permandangan di luar rumah sungguh mendamaikan. Dia bersyukur kepada ALLAH kerana menempatkan dirinya tinggal di kawasan kampung, baginya kehidupan di kampung lebih tenang berbanding hiruk-pikuk kehidupan di bandar. Tiba-tiba hatinya merasa sebak. Tika ini dia bersendirian di rumah mengenangkan suaminya yang sedang khuruj ke jalan ALLAH.


"Mawar, ayah ada berita nak sampaikan kat Mawar ni.." beritahu ayah suatu hari di waktu kami sedang bersarapan pagi selepas ayah pulang daripada masjid untuk solat Subuh.

"Apa dia, ayah. Lain macam jer bunyinya.." Jauh di sudut hatinya merasakan ada sesuatu yang pelik ingin ayahnya sampaikan. Sejak kecil memang ayahnya lah tempat dia bermesyuarat dan mendapatkan syor (pendapat).

"Semalam, masa kamu pergi pekan dengan cikgu Iza, ada *** bersama ayah dan kawan-kawannya datang jumpa ayah. Dia nak merisik kamu. Kalau kamu terima, 3 bulan lagi akan dijalankan akad nikah. Macam mana?" Beritahu ayah lagi.
Mawar terdiam agak terkejut bercampur-baur perasaan di dalam hatinya, dengan menjawab, "Mawar istikharah dulu ya, yah."

"Ya nak, ayah sekadar menyampaikan. Segerakan 3 perkara: 1) Solat apabila masuk waktu. 2) Kebumikan jenazah setelah ajalnya. 3) Nikah setelah tiba waktunya (ada orang merisik). Sebab kalau tak segerakan, akan mengundang fitnah dan kerosakan dunia. Solat istikharah banyak-banyak, doa pada ALLAH, itu yang terbaik, nak. Jawapan daripada ALLAH adalah yang paling sempurna, ALLAH lah sebaik-baik Perancang." Ayahnya mengingatkan.

Apabila dia melihat ayahnya memberhentikan bicara, dia meminta izin untuk berlalu. Dia segera mengambil wudu', masuk ke bilik dan bersujud cinta di atas sejadah cinta mengadap cintaNya. Dengan tiba-tiba air matanya mengalir dan dia menangis, nangis yang dia sembunyikan ternyata sehingga terdengar juga esakannya. Dalam hati Mawar, hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Saat itu, tiada kata yang mampu Mawar huraikan untuk meluahkan apa yang dia rasakan. Hatinya seakan-akan buntu. Jawapan akan diluahkan saat dapat jawapan daripada ALLAH sahaja. Hatinya berbisik dalam hati, entah apa maksud tangisan dan air mata yang mengalir dari matanya juga dia tidak pasti kenapa. Adakah tanda dia terasa gembira atau terlalu sedih? Dia hanya merasakan tidak layak sedang itulah yang dia nanti-nantikan. Bukan dia tidak suka dengan penampilan pemuda itu. Apanya kurang? Berwatakan sederhana, sentiasa ke masjid dalam apa pun keadaan, berkopiah sentiasa di kepala dengan janggutnya yang rapi, berpakaian kurta, mencerminkan identiti islamiknya. Manakala Mawar hanyalah seorang gadis kampung tanpa kelulusan tinggi dan sekarang hanya menetap di rumahnya, menjahit untuk sekadarnya. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, dia mampu menutup aurat dengan sempurna seperti mana yang disyariatkan ALLAH, inshaALLAH. 


"Assalamu'alaikum warahmatullah wabarokatuh, pintu rahmat pemberian ALLAH. Alhamdulillah. Mawar gembira tak kita dah jadi suami isteri?" soal *** sebaik mereka sah menjadi suami isteri.

"Wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarokatuh wamaghfiratuh, amirku pemberian ALLAH. Alhamdulillah. Mestilah gembira. Syaitan menangis-nangis, berteriak-teriak apabila selesai abang di akad nikahkan di depan ALLAH melalui ayah saya sambil berkata: "Aduhai celakalah aku. Orang muda ini telah berjaya melepaskan diri daripada tipu-helahku." jawab Mawar tersipu malu.

"Alhamdulillah. Sebenarnya Mawar jadi wanita pujaan abang sejak pertama kali terserempak Mawar dengan parents Mawar, berbisik-bisik hati abang ni ternampak semasa Mawar menyalam ibu abang semasa ibu Mawar menyapa dengan ibu abang sambil berpelukan. Apatah lagi bila ketentuan ALLAH acap kali ternampak Mawar ke mana-mana bersama mereka berpakaian jubah dan bertudung labuh. Sejuk hati, berbisik-bisik hati pabila melihat. Acap kali juga abang menanyakan pada ibu abang tentang Mawar." bagitahu *** berterus terang pada isterinya.

"Yeke? Alhamdulillah. Terima kasih, abang. Mawar harap abang sudi bimbing diri Mawar ini menjadi wanita solehah yang sampai bidadari syurga pun cemburu ya." kata Mawar.

"InshaAllah sayang. Bukan ke dalam al-Quran ada kata wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya."

Mawar tersenyum memandang wajah suaminya. Secara automatik, hatinya lega kerana sudah dimiliki dan bersama dengan insan yang sudah halal sebagai pendamping dirinya.


Pulang dari kerja, Mawar menyambut *** dengan menyalam dan mencium tangan suaminya dengan hati yang gembira. Dia menatap wajah suaminya yang agak kepenatan.

"Banyak kerja ke bang, letih jer nampaknya." tanya Mawar pada suaminya sambil menyusun kasut suaminya ke rak dan memimpin tangan suaminya untuk duduk.

"Ya sayang. Kerja tengah berlambak-lambak pula. Lagi pula, bulan depan kena shutdown. Lagilah sibuk sikit." jelas *** semula sambil menyaksikan keprihatinan isterinya.

"Oh, gituker?" Tersenyum-senyum Mawar memandang suaminya sambil terus-menerus mengurut kaki suaminya.

Setelah itu Mawar meminta izin suaminya untuk ke dapur. Dia menyediakan minuman petang dengan air kopi habatussauda' dengan kurma sebagai menu harian untuk dinikmati bersama.

"Pandai Mawar yek. Kalau dilayan macam raja selalu camni. Habis lah abang." sambil ketawa kecil.

"Eleh abang ni, saja nak usik Mawar yek? Pandai-pandai je abang ni. Kan memang kewajipan Mawar sebagai isteri." Mawar mencubit pipi suaminya kerana usikannya itu.

Suaminya meneruskan karguzari, "Ni abang nak bagitahu ni, esok abang keluar 3 hari tau."

"Esok ke bang? Kalau tak keluar tak boleh ke. Sunyilah Mawar kalau abang takda 3 hari tu". Saja Mawar bertanya begitu. Dia memang tahu, sejak menikah dengan ***, setiap bulan memang biasa telah menjadi kewajipan suaminya keluar dakwah selama 3 hari.

"Yelah sayang. Dah lupa ker?"

"Ermm.... Ingat bang." Kata Mawar sambil tersenyum, sengaja menyedapkan hati suaminya jangan sampai terasa.

Sebenarnya Mawar berat hati nak bagi suaminya keluar. Usia pernikahan mereka baru 4 bulan. Seharusnya waktu yang ada dihabiskan bersama-sama kerana mereka berdua masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain. Dia sendiri pun masih tak faham dengan usaha dakwah dan tabligh. Hatinya sedikit memberontak bila mengetahui *** terlibat dlm usaha ini. Apatah lagi rata-rata ahli keluarganya memandang negatif dengan usaha tabligh ni.

Memang dia akui *** seorang suami yang taat pada perintahNya. Solat lima waktu berjemaah dengan takbiratul 'ula (takbir pertama) di masjid adalah wajib baginya. Tiada istilah lelaki solat di rumah. Amalan tahajjud, tilawah al-Quran dan zikir merupakan amalan hariannya. Dan yang pasti bila berbicara terserlah ilmu agama yang dimilikinya. Lantas, Mawar seharusnya bersyukur dengan ALLAH atas kurniaan ini. Cuma dia masih cuak dengan kerja dakwah ini. Perlu ke buat kerja ni di zaman moden dan teknologi seperti sekarang ni? Kenapa tak dakwah guna radio ke, buku ke, tv ke, internet ke, macam ustaz atau penceramah agama buat sekarang ni? Mawar terkeliru..bingung..sememangnya dia terlalu baru untuk memahami susur-galur perjuangan dakwah tabligh ni.


Suatu malam Mawar dan *** berbicara tentang usaha dakwah dan tabligh ni.

"Sayang, apa yang sayang tahu pasal jemaah tabligh ni?" tanya *** pada isteri tercinta sebelum tidur.

"Entahlah abang. Yang Mawar tahu, orang kata tabligh ni suka tinggal anak-bini berbulan-bulan. Tak bagi nafkah zahir batin kat keluarga." Jawab Mawar jujur berdasarkan apa yang didengari dari khabar angin melalui mulut-mulut orang. Dia dengan keras menafikannya tapi itu sahaja dia dengar, jadi itu jugalah yang dia sampaikan.

 *** tergelak mendengar jawapan isterinya. Itulah manusia menilai sesuatu dari luar tanpa mahu memahami isi dalamnya.

"Mawar... Isteri abang... cuba Mawar fikir, orang tabligh je ker yang tinggal anak-bini? Habis tu, orang zaman sekarang ni, yang pergi kursus, outstation, pastu ada yang kerja kat pelantar minyak, sebulan di laut, sebulan di darat, ada pula yang suami sambung belajar bertahun di luar negara, camtu takpe pulak, takde pun orang nak pertikaikan. Cuba Mawar renung firman dalam al-Quran yang mafhumNya:
"Katakanlah: jika bapa-bapamu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takut kerugiannya, serta tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah, rasulNya, dan jihad di jalan Allah maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya,.." (At-taubah:24)

"Erm.. Betul juga kata abang. Entahlah, Mawar pun tak tahula bang. Sejak pernikahan dengan abang, sejak kenal abang lah ALLAH campak tiba-tiba kenal usaha ni. Pun baru nak belajar nak betul-betul kenal dakwah tabligh ni"

"Sebenarnya usaha dakwah ni kerja para nabi, Mawar kan tahu macam mana Nabi SAW, baginda SAW adalah kekasih ALLAH SWT. Sanggup bersusah-payah nak dakwahkan kalimah tauhid ni, kena ejek, kena baling batu sampai berdarah, kena lempar dengan najis, jumpa orang rumah ke rumah, lorong ke lorong, semata-mata nak ajak manusia kembali kepada ALLAH, supaya dapat hakikat LAA ILAHA ILLALLAH, tidak menyembah makhluk tapi menyembah ALLAH yang Esa sahaja, bergantung dan berharap hanya kepada ALLAH, ALLAH Maha Kuasa mentakdirkan dan mentakbir segala sesuatu. Kita ni umat akhir zaman. ALLAH jadikan kita sebaik-baik umat, kan dalam al-Quran ada kata:
"Kamu sebaik2 umat, yang telah dilahirkan bagi faedah manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah." (Ali 'Imran:110)"

Usaha yang kita lakukan sekarang ni hanya 10% sahaja berbanding usaha sahabat-sahabiyah dahulu, mereka sanggup korban diri, harta, perasaan anak-bini, semata-mata nak syahid di jalan ALLAH, semata-mata nak tengok kalimah ALLAH tegak di atas muka bumi ini. Sebab tu mereka ni di dunia lagi ALLAH ta'ala telah redha pada mereka dan menjanjikan syurga untuk mereka. Lagipun sayang, abang tinggal Mawar ni bukan kat padang pasir seperti Siti Hajar AS dan Ismail AS yang di tinggalkan Ibrahim AS. Mereka lagilah, kena tinggal tanpa sebarang asbab untuk mereka hidup, takde rumah, makanan dan tempat tinggal, tiada jiran-jiran tapi sebab redha dengan perintah ALLAH dan sebab dakwah, Nabi Ibrahim AS rela melakukannya. Mawar ni abang tinggal, duduk dalam rumah yang selesa, cukup peralatan rumahnya, keperluan dah abang sediakan... takkan camtu pun tak sanggup lagi, kan? Habis.. Mawar nak abang menyemak duduk dalam rumah ni 24 jam. Camtu?" Badrul sengaja mengenakan isterinya sambil mencubit manja hujung hidung isterinya yang teliti mendengar setiap butir katanya itu.

"Bukan la sampai macamtu bang. Cuma Mawar cemburu tengok orang lain, bila suami balik kerja, ada kat umah sampai malam, pastu bleh main ngan anak-anaknya, sembahyang pun kat rumah berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Ada masa bermesra ngan keluarga. Tapi abang, balik kerja rehat sebentar, pastu pukul 6 lebih dah nak kena pergi ghast la, mesyuarat la, malam markaz lagi la. kalau hari Isnin hingga Khamis memang tak merasa abang ada waktu petang. Balik pun lewat malam." Mawar menerangkan situasi yang sedang dilalui ini. 

"Itulah namanya 5 amal masjid. Yang kita kena keluar 3hari, 40hari, 4 bulan tu, untuk kita belajar buat kerja Nabi SAW, untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam berdakwah, dan bila balik, Medan perjuangan kita adalah dengan menghidupkan 5 amal masjid ni. Fikir harian atau mesyuarat harian, pastu khususi orang tertentu kena bagi masa 2 jam setengah pastu buat taklim di rumah dan masjid, kena ziarah kat kampung sendiri dan kampung jiran dan setiap bulan keluar 3 hari dengan membawa jemaah yang baru. 5 amal masjid ni merupakan amalan masjid Nabawi, yang mana sahabat buat untuk dakwahkan Islam. Sebab tu sekarang ni, kita nak belajar bagi masa untuk agama, dunia dan akhirat kena seimbang. Duniakan jambatan untuk akhirat. cuba kita tengok jambatan, mana ada orang bina rumah ke, istana ke kat atas jambatan. Orang nak memancing atas jambatan pun di larang ambil ruang jambatan terlampau-lampau banyak tau." Terang *** panjang lebar sambil melirik mata pada isterinya.

"Takpe lah bang. Mawar cuba belajar memahami kerja dakwah dan tabligh ni. Walaupun sukar tapi sebab tak tau kan. InshaALLAH Mawar akan berusaha untuk lebih memahaminya."

"Camtulah isteri abang yang cerdik, jelita serta solehah. Nanti abang bawa Mawar jumpa ahlia-ahlia karkun kat kampung ni. Hah, ahlia cikgu Din tu, dia dah banyak pengalaman keluar masturat tau. Boleh la Mawar belajar daripada ahlianya lagi, lagi dan lagi nanti dan Mawar bleh berkenalan dengan ahlia karkun yang lain-lain bila pergi taklim mingguan masturat nanti. InshaALLAH. Jangan lupa beri tasykil untuk keluar masturat 3 hari, yerk?" Mawar tersenyum memandang suaminya yang bijak menguruskan sesuatu.

"InshaALLAH bang" jawab Mawar ringkas tanda akur.

Mawar tersedar dari lamunannya. Dia mengesat airmatanya yang mengalir di pipi. Sesungguhnya dia hanya manusia biasa yang lemah untuk menghadapi mehnah ini, mungkin dia terlalu berharap *** menjadi hak milik mutlaknya. Tetapi dia lupa, bahawa manusia ini adalah pinjaman sebagaimana firman ALLAH:
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli pada orang mukmin itu dirinya dan hartanya dengan memberikan syurga untuk mereka." (At-Taubah:111)

Dia harus kuat dan sabar. Dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga adalah kehidupan yang kekal abadi. Kalau di dunia ini ada pangkat, harta, darjat tapi tidak mengamalkan agama dalam kehidupan, sudah tentu semuanya sia-sia sahaja.

"Ya, aku harus kuat, kuat untuk memperoleh keredhaan ALLAH. Biarkan manusia yang tidak faham dan tidak mahu mengerti usaha dakwah dan tabligh ini. Tapi aku akan sentiasa terus berdoa semoga ALLAH istiqomah dan kekalkan aku, suami dan generasiku hingga hari akhirat dalam usaha ini, dan semoga ALLAH bagi kefahaman, taufiq dan hidayat pada mereka yang memandang serong, membenci atau menghina kerja ini. Aamiin." bisik hati Mawar.

~TAMAT~

ya ALLAH... bersyukur lah bagi yang ALLAH pilih untuk khuruj (keluar) semata-mata untuk sama fikir ummat, menjadi asbab ALLAH untuk menyebar agama ni kepada seluruh ummat buat seluruh alam. ALLAHURABBI... Beri ku peluang ya ALLAH... Bagi yang masih belum, azam 3 hari, 40 hari, 4 bulan, 1 tahun. Siapa sedia? inshaALLAH aamiin



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك