Friday, July 1, 2011

Lelaki & Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.


Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.


Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...


Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.


Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Mandi Wajib Yang Betul

Bismillahirrahmanirrahim

Mungkin ada yang tak tau sebab ramai anak2 muda kite ni suka sangat warna2kan rambut. Kekadang highlight la. Kalau inai alhamdulillah, jadi buat la ia sebagai panduan.

Ustaz Hj Mat Jais Kamos tentang mandi wajib yang betul.

''Mandi wajib org yang menggunakan pewarna pada rambut itu tidak sah krn pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut (salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir )berbeza dengan inai sebab inai meresap ke rambut. Tapi dalam hal ini jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tak bernajis, bukanlah bermaksud pewarna itu haram. Pewarna rambut boleh dibuat sembahyang dan sembahyang yang menggunakan pewarna pada rambut itu sah. Tetapi jika mandi wajibnya tidak sah,sembahyangnya juga tidak sah.Mengenai penggunaan pewarna rambut, antara mereka berhujah, jika penggunaan pewarna yang dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM itu halal dan ia boleh dibawa sembahyang dan sembahyang itu sah, kenapa pula mandi wajib menjadi tidak sah?. Dalam hal ini, sukalah saya nyatakan bahwa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Ini kerana rukun mandi wajib yang dinyatakan adalah merupakan perbezaan sah atau tidaknya mandi wajib itu. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah"

Rukun Mandi Wajib ada 3

1) Niat

2) Menghilangkan najis di badan

3) Meratakan air ke seluruh anggota yang zahir.

Jadi yang ketiga tu la yang orang selalu confuse...

Sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula kerana terdiri daripada 6 sebab.

Tiga sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu bersetubuh walaupun tidak keluar mani, keluar mani dan mati. Manakala tiga sebab lagi hanyalah melibatkan kaum perempuan sahaja iaitu keluar haid, nifas dan melahirkan anak ( wiladah ).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.

1) Niat

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

  • Mandi wajib

    "Sahaja aku mengangkat hadas junub kerana Allah Taala" atau

    "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala" atau

    "Sahaja aku mengangkat mandi wajib kerana Allah Taala"
  • Mandi habis haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)

    "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala"

    "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala"

    "Sahaja aku mengangkat mandi wiladah kerana Allah Taala"

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badan. Sekiranya dia berniat sebelum sampai air ke badan, niat itu juga menjadi tidak sah. Maka niat hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

2) Menghilangkan najis yang ada di badan

Menurut Imam Nawawi, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi, ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

3) Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir

Ia meliputi pada kulit, rambut dan bulu-bulu yang ada pada badan, samada jarang atau lebat.

-Jika rambut bertocang atau sanggul sekiranya tidak sampai air wajib dibuka atau dirungkaikan. Bulu-bulu yang berasa dalam lubang hidung pula tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin tetapi jika ada bernajis , ia wajiblah basuh.

-Jika di dalam kuku itu ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku wajiblah dibuang, boleh dilakukan ketika kita sedang mandi.

-Bagi lelaki yang tidak bersunat, dia mestilah membuka kulupnya semasa mandi bagi memastikan air sampai ke dalam kulupnya.

-Bagi perempuan pula dia wajib membasuh bibir fajar luarnya, setelah mandi secara berdiri mestilah mandi secara mencangkung bagi membolehkan bibir fajarnya terbuka kerana ia dianggap anggota yang zahir yang mesti diratakan air ke situ ketika mandi wajib

-Selain dari itu mestilah meratakan air ke dubur ia bukan sahaja khusus bagi perempuan tetapi lelaki juga mesti melakukannya. Untuk meratakan air ke dubur, setelah mandi secara berdiri seseorang itu mestilah mandi secara mencangkung pula barulah lubang dubur terbuka. Kita mestilah menerangkan dubur itu seperti ketika hendak membuang air besar, menjurus air dan mengggosokkannya dengan tangan bagi meratakan air ke lubang dubur. Ini kerana lubang dubur mempunyai ratusan kedutan yang wajib disampaikan air ketika mandi wajib. Jika tidak mandi wajib kita itu tidak sah.

Perkara Sunat yang dilakukan ketika mandi wajib

1. Mendahulukan membasuh segala kotoran dan najis dari seluruh badan.

2. Membaca "Bismillaahirrahmaanirrahiim" pada permulaan mandi.

3. Menghadap kiblat sewaktu mandi dan mendahulukan yang kanan daripada yang

kiri.

4. Membasuh badan sampai tiga kali.

5. Membaca doa sebagaimana membaca doa sesudah berwuduk.

6. Mendahulukan mengambil air wuduk, yakni sebelum mandi disunatkan berwuduk

lebih dahulu.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh jika ia dilakukan pada waktu malam seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur kerana berwuduk sebelum tidur itu sunat. Manakala tidak berwuduk sebelum tidur pula makruh. Tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Larangan

Bagi mereka yang sedang berjunub, iaitu mereka yang masih berhadas besar, tidak boleh melakukan hal-hal sbb.:

1. Melaksanakan sholat.

2. Melakukan thawaf di Baitullah.

3. Memegang Kitab Suci Al-Qur'an.

4. Membawa atau mengangkat Kitab Suci Al-Qur'an.

5. Membaca Kitab Suci Al-Qur'an.

6. Berdiam diri di masjid.

Bagi mereka yang sedang haid, dilarang melakukan hal-hal seperti tersebut di atas dan ditambah larangan sbb:

1. Bersenang-senang dengan apa yang antara pusat dan lutut.

2. Berpuasa baik sunnat mahupun fardhu.

3. Dijatuhi talaq (cerai).

4. Berdiam diri di masjid.

5. Melaksanakan sholat

Sekiranya saya ada termiss atau tersilap harap di perbetulkan la ye! :)


سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك