Sunday, October 9, 2011

Ummul Barakah


Teman,
Kuingin kongsikan denganmu sebuah hadith yang pernah kubaca, yakni hadith riwayat Ibnu Majah dari Saidatina Aisyah (radhiyallahu anha)
Di dalam hadith itu, telah kutemui khazanah-khazanah berharga.

Kutemui…adab berdoa yang diajarkan rasul kepada kita, umatnya yang dikasihi.
Kutemui…kemustajaban doa itu perlu disertai dengan menyebut nama-namaNya yang agung (ismul a’zom)
Kutemui… sabarnya seorang suami mulia dalam meladeni belahan jiwanya, Sayyidatina Humaira’..
Kutemui pula... bijaksananya ummul mukminin kecintaan kita memuliakan imamnya dalam bicara dan tindakan. Bersungguh-sungguhnya Sayyidatina Aisyah menuntut ilmu dan mengejar hasanah demi redha Allah.

Begini ditintakan hadithnya:

Rasulullah (solallah alaihi wasallam) bersabda:

“Wahai Aisyah, adakah kamu tahu, sesungguhnya Allah telah menunjukkan kepadaku sebuah nama yang bila disebut dalam doa pasti doa itu diperkenankan?”

Aisyah menjawab:” Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah tolong ajarkan kepadaku..”

Nabi solallah alaihi wasallam bersabda: “ Perkara itu belum layak untukmu wahai Aisyah..”

Aisyah Berkata: Maka aku pun menjauhi dan duduk beberapa ketika.

Kemudian aku bangkit dan kucium kepala beliau, lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah…tolong ajarkan kepadaku…”

Beliau kembali menjawab: “Perkara itu belum layak untukmu. Belum saatnya aku mengajarkannya kepadamu wahai Aisyah, kerna nama itu tidak layak kamu gunakan untuk meminta perkara duniawi”

Aisyah berkata: Maka aku pun bangkit dan mengambil wudhu, lalu aku solat dua rakaat. Setelah itu, aku berucap, “ Ya Allah, aku menyeru-Mu dengan nama Allah, menyeru-Mu dengan nama Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), menyeru-Mu dengan nama Al-Barr Ar-Rahim (Yang Maha Dermawan, Yang Maha Penyayang) Aku juga menyeru-Mu dengan semua nama-nama-Mu yang baik yang ku ketahui dan yang tidak ku ketahui, agar engkau mengampuniku dan merahmatiku...”

Aisyah berkata: Maka Rasulullah solallah alaihi wasallam tersenyum dan bersabda:

“Sesungguhnya nama itu ada dalam nama-nama yang kamu ucapkan tadi.”

(HR Ibnu Majah dari Saidatina Aishah (radhiyallahu anha)

Subhanallah walhamdulillah. Indahnya akhlaq dan rumah cinta Rasulullah (solalallah alaihi wasallam).Usai membaca hadith ini. Saya juga tersenyum seperti anda.
Teman, Selamat berdoa.

Lailahaillallah - Muhammad Rasulullah,
Ummulbarakah.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT


SAMA2 KITA RENUNG2 KAN 

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka. 


2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ? 


3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut . 


4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. > Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga? 


5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. > Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.


6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. > Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 


7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah? 


8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. > Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti. 


9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. > Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku. 


10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. > Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIB buat. 


Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.


"aurat saya maruah saya"




سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك