Monday, April 9, 2012

6 Pesanan Untuk Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. dikatakan usaha yang dibuat oleh suami hanya sampai dihadapan pintu rumah sahaja dan dari pintu rumah ke 3 penjuru rumah wanitalah yang kena mainkan peranan dan 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. SOLAT DI AWAL WAKTU

Solat merupakan perintah Allah yang pertama diwahyukan Allah kepada Nabi saw. Kenapa kita kena menjaga solat di awal waktu terutama kaum wanita..? dikatakan wanita ini mempunyai 3 perkara yang mana jika ia melengah-lengahkan solat menyebabkannya mendapat dosa :
1) haid/nifas
2) kedatangan tetamu
3) mati

Justeru kaum wanita perlulah peka pada keadaan ini..

Apa maksud solat?
Maksud solat ialah untuk kita membawa sifat-sifat di dalam solat ke dalam kehidupan seharian kita seperti menutup aurat, menundukkan pandangan,membaca ayat al-quran, berzikir dan berdoa. Apabila di dalam solat kita mensucikan diri dengan berwudhuk, fikiran kita hanya tertuju pada Allah swt, lidah kita sentiasa berzikir dan gerakan badan kita sesuai dengan perintah Allah, aurat di tutup dengan sempurna, maka di luar solat pun kita harus melakukan yang sama. Kita juga perlu meyakini bahawa dengan solat Allah akan membantu dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sahabat-sahabat nabi s.a.w dahulu mereka begitu yakin dengan solat sehingga anak yang mati boleh hidup kembali, pengisar gandum boleh mengeluarkan gandum dan banyak lagi. Semuanya menunjukkan betapa yakinnya mereka dengan perantaraan solat dapat menyelesaikan masalah mereka. Hari ini manusia ramai yang mensyirikkan Allah, sehingga apa sahaja yang mereka lakukan mereka mencari asbab tanpa dahulu memohon pada pemberi asbab iaitu Allah swt. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang menjaga solatnya, maka ia akan mendapat 5 keuntungan :
1) Allah swt akan menghilangkan kesempitan hidupnya.
2) Ia akan diselamatkan dari seksa kubur.
3) Ia akan menerima buku amalan dengan tangan kanan.
4) Ia akan melalui titian sirat sepantas kilat.
5) Ia akan masuk syurga tanpa hisab. 


Untuk mendapat hakikat solat ini maka kita kenalah jaga solat kita di awal waktu dan galakkan suami dan mahram kita yang lelaki untuk solat di masjid. setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah mengikut waktu solat, bukan waktu solat itu mengikut pekerjaan kita, maksudnya 5/10 minit sebelum waktu solat kita dah sedia dengan wudhuk dan sudah berada di sejadah. Biarlah kita menjadi manusia yang sentiasa menunggu waktu untuk mengabdikan diri pada Allah swt. Hendaklah bawa 5 sifat dalam solat kita iaitu:
1) Keyakinan yang sempurna terhadap janji-janji Allah.
2) Sembahyang seperti yang dicontahkan oleh Rasulullah saw.
3) Tahu hukum sembahyang,sembahyang tawajjuh,tidak lalai dan sebagainya.
4) Bawa sifat ehsan,di mana kita meyakini bahawa Allah senantisa melihat kita walaupun kita tidak dapat melihat Allah.
5) Ikhlas yakni niat sembahyang semata2 kerana Allah. 

Selain itu juga kita perbanyakkanlah solat sunat yang lain seperti tahajjud, dhuha dan lain-lain agar solat tersebut dapat menampung kekurangan solat fardhu kita. mohonlah pada Allah semoga Allah masukkan dalam diri kita solat yang khusyuk.

2. Majlis Ta’lim wa Ta’allum. (Belajar dan mengajar)
Belajar dan mengajar merupakan perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw yang mana Allah telah perintahkan Jibrail untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw dan wahyu itu kemudian disampaikan kepada manusia. Ta’lim wa ta’allum merupakan salah satu amalan yang dilakukan di masjid Nabawi dan ia merupakan pusaka Rasulullah saw dan ruh agama. Oleh itu rumah yang di dalamnya mewujudkan amalan ta’lim wa ta’allum ini  bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulullah saw, maka rumah itu akan diturunkan rahmat dan barakah, ketenangan dan ketenteraman akan wujud dalam rumah.
Tujuan Majlis ini diadakan ialah :
1) Semata-mata untuk mengingati Allah dan mendapat keredhaanNya
2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw yang menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. Sunnah nabi bukan untuk kita pelajari,tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
3) Bila kita duduk dalam majlis ini,maka kita ada keghairahan untuk mengamalkan agama.
4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah yang maha luas.
5) Supaya kita dapat mengetahui segala perintah Allah swt dan sunnah nabi saw.
6) Untuk menghubungkan ilmu dengan amal dan memiliki fikir risau seperti nabi dan para sahabat.
7) Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki.
Kata Ummu Salamah r.a; Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.” 
Kelebihan majlis ini ada banyak sekali. Di antaranya majlis ini merupakan majlis keampunan yang dosa-dosa pesertanya akan diganti dengan kebaikan, 1 majlis ta’lim yang dibuat dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak menyebut nama Allah di dalamnya. Para malaikat melihat majlis ini seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Apabila kita keluar untuk menuntut ilmu kerana Allah,maka 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya di bawah kaki kita dan semua makhluk Allah yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita. Rasulullah saw ada bersabda bahawa majlis yang mengingati Allah merupakan kebun-kebun syurga. Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membawa kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah,diliputi oleh rahmat, dikerumi oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisi-Nya (Hr. Muslim dan Abu Daud)

P/S:
Hari ini kehidupan rumah orang islam tiada beza dengan orang kafir. Rumah mereka dijadikan sebagai hotel untuk tidur, pawagam dengan tv dan home theatre sebagai tempat berhibur, restoran untuk makan dan minum dan menghias rumah melebihi keperluan. Maka kita kena wujudkan rumah seperti rumah sahabat-sahabat dan orang soleh yang mana di dalam rumah mereka hidup dengan amal dakwah, ibadah seperti sembahyang sunat,quran dan zikir, belajar dan mengajar serta banyak khidmat antara sesama isi rumah.
Untuk kaum wanita; hendaklah bagi masa selama satu jam setengah setiap minggu bagi menghadari Majlis Taklim Mingguan. Taklim mingguan ni penting kerana ia umpama markaz bagi kaum wanita belajar agama. Janganlah bagi alasan kita sibuk atau kita ada hal. Kalau kita bagi masa untuk majlis taklim ini, insyaAllah, Allah akan jadikan ia asbab hidayah. Kita kena usaha untuk dakwahkan kepentingan majlis taklim ini pada orang lain.


3. Istiqomah Al-Quran dan Zikir
Nabi Muhammad saw telah bersabda: "Tetaplah membaca al-quran kerana al-quran adalah nur untuk
kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat".

Al-quran merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat. Kita hendaklah sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-quran setiap hari sebab al-quran akan menuntut haknya di akhirat kelak, hak al-quran hendaklah kita khatam membacanya dua kali setahun. Jadi hendaklah setiap hari kita melapangkan masa untuk membaca al-quran, sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari,kalau tak dapat,satu ain atau setengah ain. Amalkan juga untuk membaca surah-surah berikut kerana banyak kelebihannya:
1- surah yasin - seperti kita khatam al-quran sepuluh kali.
2- Surah waqiah - menjauhkan daripada kepapaan.
3- Surah as-sajadah dan al-mulk - menjauhkan dari seksa kubur.
4- Surah al-kahfi pada hari Jumaat - nur akan bersama kita sehingga Jumaat akan datang.

Kita hendaklah mengajar anak-anak kita supaya membiasakan diri membaca al-quran dan hendaklah azam supaya ada di antara anak-anak kita nanti bakal menjadi hafiz dan hafizah. InsyaAllah.

Zikir: Berzikir iaitu mengingati Allah swt dalam setiap keadaan dan setiap apa yang kita lakukan hendaklah dihubungkan dengan Allah awt. Kita hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa yang Allah swt melihat kita senantiasa.

Banyak kelebihan zikir antaranya:
1- Zikir melembutkan hati
2- Memberi cahaya pada wajah
3- Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya,
4- Melahirkan cinta kepada Allah dan cinta merupakan roh Islam,
sumber agama ,kebahagiaan dan kejayaan.
5- Menyebabkan keredhaan Allah swt.

Amalkan zikir 300 kali pagi dan petang. Tanda cinta pada Allah zikirlah subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallahu wallahu Akbar 100 kali pagi petang, tanda cintakan nabi kita hendaklah selawat ke atasnya juga 100 kali pagi dan petang di mana satu selawat Allah akan ampunkan 10 dosa,diangkat 10 darjat dan diberi 10 kebaikan. Manakala tanda cinta pada diri kita hendaklah kita memohon keampunan dengan beristighfar 100 kali pagi dan petang yang mana dengan istighfar InsyaAllah dosa-dosa kita akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan. Amalkan juga doa-doa harian dan tasbih Fatimah sebelum tidur mudah-mudahan amalan yang kita lakukan ini mendapat redha Ilahi.

4. Mendidik anak cara Sunnah 
Sebagai seorang wanita solehah dan juga ibu pastinya kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu memabwa kejayaan di dunia dan akhirat. 

Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah (suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih,bersih.  maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah.
Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikut cara Islam: 

~Ketika ibu mengadung. ia haruslah banyak beribadah, membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam. 

~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya, masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan. 

~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi. 
 

~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah".  Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti. 

~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya. 

~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,
bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut. 

~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu: 
1. Dengan cara melihat
2. Dengan cara mendengar
3. Dengan cara berfikir
4, Dengan cara bercakap 

Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat. 

~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak 
1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka, serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.
2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolat dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..
3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan 
berkongsi pendapat dengan mereka. Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah.. 

5. Hidup sederhana
Pesanan yang kelima untuk para wanita amalkan dalam kehidupan harian dan rumahtangga adalah mengamalkan kehidupan yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh nabi dan para sahabat. Yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah kita berbelanja mengikut keperluan kita walaupun kita mampu bukan mengikut kemampuan kita dan hawa nafsu semata-mata sehingga menyebabkan pembaziran dan sifat menunjuk akan harta yang kita miliki. 

Ada 5 perkara yang perlu disederhanakan dalam kehidupan kita iaitu:
1. Rumah ~
Kita lihat rumah orang islam hari ini sudah jauh dari ciri-ciri rumah sahabat dan sahabiyah.  Rumah kita sudah seperti rumah orang yahudi dan nasrani kerana dalamnya punya tv, perhiasan, perabot, meja makan dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah milik kehidupan orang yang kafir. Jadi rumah orang islam perlu menghindarkan perhiasan yang boleh menyebabkan pembaziran dalam rumah tersebut. Tidak guna rumah besar dan indah andaikata penghuni di dalamnya hidup jauh dari ketaatan kepada Allah dan rasulNya. 

2. Pakaian ~
Pakaian juga perlu sederhana seperti yang digariskan oleh islam. Bukan pakaian moden yang jauh dari ciri-ciri pakaian orang islam. Apatah lagi dengan suasana menyambut hari raya, sudah pasti pakaian baru menjadi pilihan kita. Tak cukup sepasang sebaliknya 2-3 pasang. Tidak salah tetapi biarlah berpada-pada kerana pakaian yang tidak kita pakai itu akan dihisab dihari akhirat kelak. 

3. Makanan ~
Di bulan ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ni, sudah tentu makanan yang berlebihan pasti berlaku apatah lagi dengan sifat teruja dan nafsu kita melihat makanan di bazaar ramadhan. Belanja berlebihan sehingga membazir. Maka kita kena muhasabah makanan yang kita mahu makan, kalau biasa kita makan 3-4 jenis makanan, cubalah kita kurangkan kepada 2 jenis sahaja. Mudah-mudahan dengan cara itu mengingatkan kita kepada insan yang tidak berkemampuan dan kita dapat belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah Taala. 

4. Kenderaan ~
Ramai orang yang punya impian untuk memiliki kereta besar dan mewah. Maka mereka yang mahu mencontohi kehidupan sahabat sahabiyah perlulah bersederhana dalam kenderaan. Cukuplah kenderaan itu digunakan kerana keperluan bukan kerana menunjukkan kemewahan kita. Dan tidak perlulah kita menghiasi kenderaan itu pada perkara yang tidak perlu. 

5. Kenduri ~
Sederhana dalam kenduri terutama kenduri perkahwinan. Ambil yang perlu sahaja, tidak perlu bersanding untuk menunjuk-nunjuk, makan beradab atau berhias pelamin dan bersolek. Dikatakan permulaan keberkatan hidup suami isteri adalah pada akad nikahnya, jikalau dalam hari perkahwinan sudah ada unsur kemaksiatan, sudah tentu tiada keberkatannya, maka tidak mustahil seandainya rumah tangga mereka itu penuh masalah dengan ranjau duri kerana diawalnya sudah tidak mengikut syariat islam. 

Jadi kita perlulah memikirkan kehidupan kita agar wujud kesederhanaan dalam setiap tindak tanduk kita supaya tidak bertentangan dengan ajaran islam. Dikatakan sederhana itu terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Melalui jalan taqwa-iaitu jalan yang ditunjukkan oleh rasul saw dan para sahabat.
2. Melalui jalan fatwa- iaitu jalan yang dibolehkan oleh ulama. 

Rasulullah saw bersabda, ‘Sungguh beruntung orang yang memeluk islam, 
diberi rezeki yang cukup, dan dibuat merasa qanaah (cukup/ puas) oleh Allah dengan apa yang diberikan-Nya.’ ( HR. Muslim 1054 ) 

5. Keluar Jalan Allah, dan Galak Mahram Keluar Jalan Allah Kaum lelaki banyak habiskan masa di luar rumah (kerja agama). Yang tinggal di rumah adalah wanita. Wanita ibarat seperti kilang yang mencorakkan anak-anak (sifat dan akhlak anak-anak sama ada baik atau sebaliknya). Seperti bayi dalam kandungan, pembentukan jasad bergantung kepada makanan si ibu. Begitu juga pembentukan rohani itu yang mana bergantung kepada amalan si ibu.

Jika makanan kurang sempurna risikonya anak akan cacat begitu juga jika amalan si ibu kurang sempurna maka pembentukan rohaninya akan cacat. Madarasah yang pertama anak-anak adalah diatas riba para ibunya. 

Dikatakan seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Tetapi seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari 100 lelaki yang jahat. Dikatakan juga jika baiknya wanita maka baiklah sesebuah negara itu. 

Seperti usaha nabi Nuh a.s mengambil masa yang panjang kerana tidak ada fikir daripada wanita. Tetapi nabi saw dimana isteri-isteri berkongsi risau atas umat dan membuat pengorbanan maka hidayah telah tersebar dalam masa yang singkat ke seluruh alam. 

Yang penting bagi kita kaum wanita ialah istiqamah takleem di rumah. Hidupkan takleem bukannya dengan taat perintah suami tetapi lakukanlah takleem harian di rumah dengan penuh fikir dan 
kerisauan atas agama dengan ini akan timbullah sifat pengorbanan, barulah nusrah Allah turun dan dengan itu tersebarlah hidayah. Selain itu hidupkan 6 pesanan, banyakkan istighfar dan doa serta menangis. 

Program di rumah:
1. Masyuarat harian - hal & takaza agama, hal ehwal rumah
2. Takleem kitabi
3. Tilawah al-Quran
4. Muzakarah agama - 6 sifat, 6 pesanan, masail
5. Adab-adab sunah dan usul 

Dalam keadaan rumahtangga begini maka akan wujud fikir yang sama antara suami dan isteri dan ahli rumah maka nusrah Allah akan turun dan akhirnya hidayat akan tersebar. Apabila ada fikir maka iman akan meningkat. Bila iman meningkat maka timbullah pengorbanan dan atas sebab pengorbanan tadi nusrah dan hidayat akan datang. 

5 sifat para wanita supaya dapat di amalkan dalam rumah tangga mereka iaitu ;
1-Menjadi daeiyah ~ pendakwah
2-Menjadi alimah ~ berpengetahuan dalam agama
3- Menjadi abidah ~ kuat beribadah
4- Menjadi murobbiyah ~ orang yang mendekatkan diri pada Allah
5- Menjadi khadimah ~ orang yang suka berkhidmat terutama untuk agama Allah 

Tertib Usaha Masturat 

Doa kamu tidak dikabulkan Allah kerana hati kamu telah mati disebabkan oleh 10 perkara;
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengakui bahawa kamu cinta pada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal menurut al-Quran.
4. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan sendiri.
10. Kamu mengebumikan mayat-mayat saudara kamu tetapi kamu tidak jadikan pelajaran ke atas mereka. 

Dari maulana Yusof RAH; 'Taklim adalah satu amalan yang penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis-majlis taklim. Kita hendaklah menjaga adab-adab, peraturan-peraturan, ketinggian dan kehormatan majlis itu. Kita hendaklah mengambil wudhu terlebih dahulu, 
janganlah sekali-kali duduk bersandar, janganlah sekali-kali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat,janganlah sekali-kali berbual-bual dan berbisik-bisik semasa taklim sedang berjalan. Jika kita menghormati adab-adabnya nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli-ahli majlis akan mendapat taufik untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya nescaya dianugerahkan Nur Hadith yang mendatangkan Hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah swt'. 



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك