Friday, March 23, 2012

HUJAH TENTANG PEMAKAIAN PURDAH


1.Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن
maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu.
(An-Nuur:31)
Di sini disuruh supaya menjaga kemaluan, ia juga termasuk menjaga segala yg mendorong ke arah rosak nyer kemaluan/kehormatan. Ini kerana memperlihatkan muka kpd org ramai sudah tentunya mendorong nafsu syahwat lelaki dan akhirnya akan pergi kpd kejadian yg lebih jauh. Na'uzubillah...

2.Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها
maksudnya: dan janganlah pamerkan hiasan mereka kecuali apa yg zahir daripadanya
(An-Nuur:31)
Ibnu Mas'ud berkata bahwa apa yg zahir drpd mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali.

3. Firman Allah: وليضربن بخمورهن على جيوبهن
masudnya: dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka
Berdasarkan ayat ini, wanita itu wajib menutupi dada dan leher mereka, maka ,menutup muka adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan muka terbuka. 

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:
"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:
"Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka." 

4.Firman Allah:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن
maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki2 mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan
(An-Nuur:31)
Allah melarang muslimah menghentakkan kaki2 mereka kerana khuatir akan terdengar perhiasan2 mereka seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana risau akan laki2 yg terdengar gelang2 kaki akan tergoda,maka godaan yg ditimbulkan kerana terlihat muka adalah lebih besar lagi. Apatah lagi dengan solekan2 yg berlebihan, pastinya ia lebih berhak ditutup untuk mengelakkan fitnah yg besar.

5.Firman Allah: "Apabila kamu meminta sesuatu keperluan drpd mereka, maka mintalah dr belakang tabir. Cara itu lebih menyucikan bagi hatimu dan hati mereka." (Al-Ahzab:53)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutup diri mereka dari laki2 termasuk menutup wajah. Hikmahnya ialah untuk menjaga kesucian hati2 org yg beriman.
 

6.Firman Allah: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59)

7. Ummu Athiyah berkata: "Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa' mereka. Seorang wanita bertanya, "wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab "hendaklah kwn2nya meminjamkan jilbab mereka"

8. Aisyah berkata: " jika rasulullah meihat wanita2 di zaman ini apa yg kita lihat, nescaya beliau melarang wanita ke masjid"
perkataan Aisyah ini adalah setelah beliau wafat, dan ketika itu para wanita sudah tidak terlalu menjaga adab2 mereka. Antaranya tidak memakai jilbab(purdah). Ini menjelaskann bahawa jika seseorang muslimah itu tidak memakai jilbab, ia dilarang untuk keluar rumah.

ini adalah sebahagian hujah drpd 26 hujah yg ana dapati drpd para ulama' dan mereka2 yg ahli dn layak dlm bidang ini.

Antara ulama' yg berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah:

1.Syaikh Muhammad Al-Shinqithi
2.Syaikh Abdul Aziz bin Baz
3.Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
4.Syaik Abdullah bin Ibrahim Al Jarullah
5.Syaikh Bakar Abu Zaid
6.Syaikh Musthafa Al-Adhawi
dan lain2 lagi.........

KESIMPULAN

-Menutup muka bukanlah suatu yg asing ketika zaman Rasulullah. Ia dilakukan hampir seluruh muslimah ketika itu sehingga ianya dijadikan keutamaan dan dijatuhkan hukum wajib oleh sebahagian ulama'. Namun sekarang ia sudah jadi tidak biasa dan jadilah ia hanya satu tuntutan dan bukan kewajipan walaupun terdapat hujah2 yg mantap serta kuat untuk mewajibkannya.
-Seperti yg telah dikatakan oleh Saudara Ahmad Aminuddin dlm shoutbox dulu, sekarang sudah masuk apa yg dikatakan sebagai zaman fitnah. Maka seharusnya para muslimah terdorong untuk mengenakan purdah ke atas wajahnya demi kebaikan dirinya dan seluruh ummat islam.
-Zaman ini juga telah masuk sebagai apa yg dikatakan dlm hadis rasulullah:
بدأ الأسلام غريبا وسيعود غريبا فطبى للغربأ
maksudnya: "islam itu bermula dengan ganjil (dari pandangan orang ramai), dan ia akan kambali dipandang ganjil (akhir zaman), maka beruntunglah orang2 yg ganjil( pada waktu itu)."

Maka, apa salahnya kita menjadi sebagai org yg dipandang ganjil seperti yg dikatakan nabi dan sekaligus mendapat doa' drpd nabi sebagai org yg beruntung. Jadi ana menyeru Muslimah agar doronglah diri anda serta rakan2 anda untuk mengenakan purdah, kerana walaupun ada pendaapt yg mengatakannya tidak wajib, tetapi kita mesti ingat bahawa terdapat juga dalil yg mengatakannya wajib. ~wallahu a'alam~


سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

No comments:

Post a Comment

Post a Comment