Saturday, January 14, 2012

Sungguh Ku Cemburu

Sungguh ku cemburu melihat mereka yang melangkah ke alam perkahwinan.

bukan cemburu kerana mereka menemui cinta terlebih dahulu

tetapi

cemburu kerana mereka berjaya menyempurnakan separuh dari agamamu…
cemburu kerana mereka berjaya berpeluang bertindakbaik terhadap pasangan mereka sebagai ibadah..
cemburu kerana mereka berjaya menyempurnakan sunnah Nabi kita..
cemburu kerana mereka berjaya menjadi penyambung umat Nabi Muhammad…

sungguh aku cemburu…..

Ya Allah…
janganlah Engkau jadikan cemburuku ini berlandaskan amarah dan nafsu..
janganlah Engkau biarkan cemburu ini menerbit prasangka dan kebencian…
sesungguhnya aku cemburu, namun turut berbahagia kerana syaitan menangis melihat satu lagi pasangan dari kalangan hambaMu mendirikan rumahtangga demi menggapai redhaMu….

Sesungguhnya hanya padaMu aku berdoa dan berharap..
janjiMu itu pasti…
Engkau telah sediakan jodohku sejak di Luh Mahfuz lagi…
akan ku sabar menanti….
just want a love, inlove, to be loved in the halal way f o r redha Allah SWT ^_^



"Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam,
aku ingin menjadi sayap kepada seorang khalifah,
aku ingin menjadi pendengar kepada seorang da'ie,
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
aku ingin menjadi hafizah daripada zawj ku untuk tasmi' setiap bacaanku tiap hari
aku ingin menjadi zawjah yang baik terhadap zawj ku tercinta,
aku ingin menjadi ummi mithali buat anak2nya,
dan aku ingin memberikan cintaku pada insan yang mencintai Allah SWT lebih dari segalanya!"

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

No comments:

Post a Comment