Friday, August 26, 2011

Rindu Si Pohon Kurma


Marilah kita bersama menghayati sebuah cerita rindu yang agung. Satu cinta dan rindu yang luar biasa yang berlaku 1425 tahun yang lalu..


_____________________________________________________________________________


Hari itu, hari yang cukup indah

Seorang insan mulia bernama Muhammad Rasulullah SAW menunggang untanya menuju ke Madinah selepas berehat 3 hari di Masjid Quba'.

Bijak si unta kepunyaan Rasulullah SAW, tidak perlu diarahkan lagi. Di suatu kebun kurma si unta berhenti.. Maka berkenanlah hati Rasulullah SAW melihat kebun kurma tersebut..

Akhirnya Rasulullah SAW membeli tanah kebun kurma itu dari 2 pemuda walaupun keduanya pada mula ingin memberi tanah itu secara percuma tetapi ditolak baginda. Di kebun itulah , didirikan sebuah masjid yang agung.. Masjid Nabawi..

Rasulullah SAW membina masjid itu cukup sederhana, malah tiada batu marmar, tiada kristal, tiada hiasan mewah, hanyalah sebuah binaan empat segi yang mana dindingnya dari batu-bata dan tanah, dan atapnya hanyalah dari timbunan daun kurma. Dikawasan sekitar masjid terdapatnya pohon-pohon kurma menghiasi. Di salah satu pohon kurma inilah Rasulullah SAW berdiri dan bersandar dan memberi khutbah pada umat islam. Rasulullah SAW berkhutbah berterusan di pohon kurma sehinggalah tahun ke 7 hijrah dimana Rasulullah mula menggunakan mimbar.. Disinilah berlaku peristiwa yang hebat dan aneh.

Ketika Rasulullah SAW berjalan melepasi pohon kurma menuju ke mimbar untuk tujuan memberi khutbah. Tiba-tiba pohon kurma itu menangis merintih dengan amat kuat sehingga masjid itu bergoyang dan bergoncang. Pohon kurma itu tidak dapat menahan perasaan dirinya. Pohon kurma itu rindu kan Rasulullah SAW, ia rindukan saat ketika rasulullah berdiri bersandar padanya sewaktu memberi khutbah.

Rasulullah SAW lalu turun dari mimbar dan memeluk dengan erat batang pohon kurma tersebut. Dengan perlahan Rasulullah SAW memujuk pohon kurma tersebut, sehinggalah ia berhenti daripada tangisan.. Lalu, Rasulullah bertanya pada pohon kurma sama ada ia mahu menjadi pokok didalam syurga atau kekal didunia untuk memberi makan buahnya pada orang beriman. Maka, si pokok memilih untuk berdamping dengan Rasulullah SAW di syurga kelak. Baginya jika memilih dunia, pastinya ia akan berpisah dengan Rasulullah SAW ketika ia mati kelak, tapi disyurga ia tidak mati selama-lamanya dan tidak akan berpisah dari Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Demi Tuhan yang memegang nyawaku didalam tangan Nya. Jika aku tidak memeluknya dan memujuk pasti ia akan berterusan sebegini hingalah hari kiamat "

Begitulah hebatnya rindu dan cinta sepohon pokok kurma pada Rasulullah SAW. Cerita hebat pohon kurma ini telah diriwayatkan daripada Anas, Jabir ,Ibnu Abbas, Aisyah R.A dan ramai lagi sahabat lain. cerita ini jua telah tercatat dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Subhanallah!

Sebatang kayu menangis dan bergoncang kerana begitu rindukan Rasulullah SAW.. Seharusnya kita, ummat Muhammad yang lebih layak rindukan baginda SAW. Sebatang kayu tidak sanggup berpisah dengan Rasulullah SAW..

Astaghfirullah!

Apakah kita hari ini begitu cintakan dan rindukan Rasulullah SAW seperti mana pokok kurma tersebut?

Cuba kita tanya diri kita.. Banyak mana sunnah yang kita ikut?

Pesan baginda, "Sesiapa yang mengamal sunnahku maka ia mencintai ku".

Kita hari ini bukan sahaja sunnah kita tinggal kan, malah jarang sekali kita membasahkan bibir dengan selawat kepadanya.. Kita lebih senang menyanyikan lagu artis2 dari memuji dan berselawat keatas baginda. Kita lebih senang membaca cerita artis dari cerita Rasulullah SAW.

Ketika saat nyawa Rasulullah SAW hendak ditarik, dalam sakit kematian baginda masih ingatkan kita, ummat nya. Malah dimintanya kepada Malaikat untuk dipikul semua sakit kematian ummatnya keatas diri baginda kerana sayangkan kita semua :( Itulah cinta dan kasih seorang Nabi kepada kita, tapi apakah kita membalas cinta kasih dan rindu rasulullah SAW?

Si pohon kurma pun rindukan baginda.. Kita yang berakal sering lupa akan baginda :(

Apa jenis ummat kita ini?
Apa jenis manusia kita ini?

Ingatlah di akhirat kelak.. Baginda sahajalah yang akan memberi syafaat kepada kita.. Bagindalah yang akan menolong kita..

Hati manakah yang tidak teringin melihat wajah Rasulullah SAW?

Perhebatkanlah diri kita. Moga suatu hari nanti. Di gerbang syurga, Rasulullah SAW akan tersenyum indah melihat kita. Mungkin itulah senyuman pengubat rindu kita selama ini.

Insya Allah!



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

No comments:

Post a Comment