Friday, December 14, 2012

Rabi'atul Adawiyah ♥


bismillahirrahmanirrahim.


Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s.
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH....

Berkongsi sedikit kisah mengenai seorang wanita yg aku anggap seperti Mentor untuk aku terus berjuang dalam Islam...


Kisah Rabiatul Adawiyah
 
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
 
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
 
Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
 
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
 
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
 
Wassalam.
 
Kisah diceritakan oleh ustaz Daud Che Ngah.

إن شاء الله تعالى. الحمد لله رب العالمين.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Friday, September 7, 2012

Qullu Sanad Wa Ana Thoiba :')


Bismillahirrahmanirrahim. Assalam'alaikum warahmatullahi wabarokatu. Hari semalam dalam sejarah kerana pada tarikh itulah ana dilahirkan. Ana bersyukur sangat sebab dilahirkan di Malaysia kerana tiada berlakunya peperangan, penindasan dan bermacam-macam lagi yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh dunia. Ana juga bersyukur sangat sebab ana masih di panjangkan umur walaupun hidup ana sebelum ini penuh sia-sia. Selama 18tahun menikmati kurniaanNYA, begitu banyak masa ana terbuang dengan kelalaian yang dilakukan di dunia ini yang sepatutnya di penuhi dengan amal ibadat. Alhamdulillah, kini ana sedar akan tanggungjawab ana yang selama ini di ambil mudah.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik?Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Dan janganlah kau leka kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNya dan ingatlah Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka kelak.
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). [Ali’Imran : 178]

Ya Allah, semakin jauh aku langkah, umurku meniti hari. Ku pohon hidayahMu. Moga di hari lahirku ini, berkatilah umurku dan izinkan aku semakin dekat dengan redhaMu. Ya Allah, panjangkanlah usiaku agar lebih lama dapat ku mentaatiMU. Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang. Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya. Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku ini. Jadikanlah cahayaMU yang bersinar menyinari jalanku. Rehatku adalah rantaian zikir, rantai yang ku kalungkan pada leherku sebagai tanda cintaku padaMU. Ya Allah, ku berharap agar Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku mencari haruman Syurga ciptaanMU, tempat rehat dan nikmat abadi. Aamiin ya Rabb

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Thursday, September 6, 2012

Berhenti Bermimpi Berimpian

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikumwarahmatullah......

Pabila melihat gambar di atas.. Betapa hati ini tersentuh... Melihat hari bahagia yg diimpikan setiap insan.... Pakaian yg ingin disarungkan oleh setiap muslimah yang hatinya ingin dibelai dengan Agama oleh pemimpin hidupnya... Gambar di atas mengingatkan aku pd seseorang... hemmm..... Tak perlu nak ingat lagi..... Krn aku tak mahu berimpian lagi... Bukan aku tidak percaya kpd takdir.. Tapi.... Setiap kali diri ini percaya pd 'ikhlas' seseorang, Setiap kali diri ini bersungguh2 memberi komitmen... Setiap kali diri ini mula rs yakin....... Setiap kali itulah..... ia ranap tiba2.... Puas aku fikir.... Di mana lah lagi silapnya??? Ya Allah.. maafkan aku andai aku sdg mengeluh.... Tapi yg pasti... Yang dirasa kini,,, aku sudah tidak mahu berimpian lagi... Seandainya ada teman hidup utk ku di dunia ini,,, aku hanya bermohon agar dipercepatkan dan dipermudahkan.... Seandainya aku mmg ditakdirkan tiada teman hidup di dunia ini,,, Jauhkan aku dr lelaki2 yg tidak jujur... Peliharalah aku sebaiknya... supaya aku dapat menjadi masturat yg sejati.... Semoga aku bisa menjadi bidadari di syurga kelak... Semoga aku akan menjadi pendamping setia buat Raja ku di syurga kelak... Ya Allah... Jangan berikan aku sedih krn tiada jodoh... Tapi brilah aku rs senang hati .... Senang hati dgn jalan hidup yg telah Engkau takdirkan ini... Berilah aku susah hati pd maut.. susah hati pd dosa2 ku.... Krn...

AKU HANYA INGIN SETIA PADA SUAMI YANG BAKAL KAU KURNIAKAN UNTUK KU.... SAMADA AKAN KAU KURNIAKAN DI DUNIA ATAU PUN DI AKHIRAT KELAK......

TIADALAH INGIN DIRI MEMANDANG YANG LAIN SELAIN YANG HANYA KAU KURNIAKAN UNTUK KU.....SI BELAHAN JIWA KU.....

WALAU SELAMA MANA PUN...

JIKA ENGKAU MENANGGUHKAN KURNIAAN UNTUKKU ITU ..

UNTUK KU MILIKI DI SYURGA KELAK...

INSYAALLAH....

HATI INI BERSABAR....

&...

JODOH DI DUNIA ITU BELUM PASTI....TETAPI MAUT ITU SUDAH PASTI............



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Memang Aku Kolot

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.......

Duhai lelaki..... Diri ini punya prinsip, Sekiranya kamu seorang yang beragama, Kamu tidak akan ragu dgn prinsip ku ini.. Kamu tidak akn mempersoalkan prinsip 'kolot' ku ini...

Ya... Memang aku wanita kolot.... Bertudung labuh, takde awning, tudung senget benget.. Baju lusuh tak berwarna ceria... Bukan aku tidak sukakan keindahan perhiasan, Tapi aku simpan keinginan ku itu semua, Untuk aku persembahkan hanya di depan zauj ku kelak....

Memang aku kolot.... Tidak pakai kasut tumit tinggi... Tidak bersanggul tinggi... Tidak berminyak wangi... Tidak berbedak di pipi.... Tidak dressing ikut style terkini.... Semua tu akan ku lakukan kelak... Tetapi,, hanya di dalam syurga rumah tangga ku... Kerana di sana, Hanya mata yang halal dapat menatap.....

Memang tipu... Kalau aku katakan aku tak suka berdandan cantik2 mcm princess Dyana, Aku tak suka mekap cantik2 macam artis neelofa, Pakai seksi2 macam ratu Amerika, Aku ada nafsu spt manusia lain.. Ya aku nak sgt pakai itu semua... Tapi... Di sinilah aku berjihad nafsu ku... Aku menahan segala keinginann ku itu... Dan aku biarkan tubuhku ku ni tertutup dengan jubah lusuh, Wajah ku ini hanya mengenakan toner wudhuk, Memakai kerudung bagaikan 'khemah bergerak'.. Kerana, aku yakin.. Aku pasti dapat merasai cantik seperti mereka.. malah lebih cantik drp bidadari... Mereka yg mengkeji ku selama ni pasti rasa dengki dgn kecantikan ku kelak... Dan pasti mrk akan menyesal... "aku menyesal kerana telah mempamerkan kecantikan kami di dunia, sekarang semuanya telah digantikan dengan kehodohan lagi busuk"...

Pengorbanan nafsu hari ini,.. pasti akan digantikan dengan keindahan kelak...... Siapa yang menjadi Raja rumah tangga ku, maka hanya dialah yang berhak menatap ku, yang tidak aku persembahkan di luar sana... Dia adalah special.... Dan dia akan rasa diri ku juga special, sekiranya dia hanya mencintai ku kerana Allah.... Apabila cinta Allah menguasai hati,,, kecantikan imannya mampu melindungi kecacatan fizikalnya....

SubhanALLAH...



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Thursday, August 23, 2012

♥~ KISAH CINTA RITHAH AL HAMQA ~♥


Bismillahirrahmanirrahim...



Ada seorang hamba Allah ini. Dia keliru dengan cintanya. Dia amat sedih sekali. Insan yang dicintai sekian lama tidak juga kunjung tiba untuk melamarnya. Insan lain yang tidak pernah dikenalinya pula datang merisiknya. Dia tidak tahu siapa harus dipilih. Lalu dia menangis dalam sujudnya memohon petunjuk daripada Allah dikala itu. Usai doanya dia pun membuka tafsir quran. Berharap sangat sedikit motivasi dari kitabullah itu untuk meredakan kesedihan yang melandanya detik itu. Lalu dibukanya. Terlintas dimatanya satu ayat dari surah An-NahI ayat 92

“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali…”
Alhamdulillah, Allah masih sudi mendengar rintihan hati kotor ini. Terasalah dia bahawa Allah sedang memujuknya. Teramatlah terharunya insan ini kerana Allah masih sudi mendengar doanya kala itu.

Mari kita hayati kisah disebalik kisah ini.
“Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na­mun belum datang seorang pemuda pun memi­nangku…? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?” Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma’zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri.

Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh. Namun sayang usaha si ibu tidak juga menam­pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam­pak batang hidungnya.

Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men­jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?” Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak­hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu ber­sedia menikahi gadis Bani Ma’zhum yang telah tua itu..?

Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka­yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja si jejaka telah berha­sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apa­san dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi­an suami yang tidak tentu ke mana perginya.

Kesedihan dan kemurungan­nya dilepaskan Rithah dengan membeli be­ratus-ratus buku benang untuk di­pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi men­jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be­gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata­kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman) AI-Qur’anul Karim meng­abadikan kisah gadis Bani Ma’­zhum ini dalam surat An-NahI ayat 92),

“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali…”

Yang dimaksud Al­Qur’an dengan ‘wanita pengu­rai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah Al­Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum ter­sebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di­hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su­dah teramat sangat ingin men­dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda:
“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita un­tuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka­lau ibu Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat­kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. 

Allah sen­diri telah berfirman:
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.


Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma­salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwan yang datang meminang merupakan ujian yang – wallahu a’lam – sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam ma­salah jodoh malah mem­buat kehidupan selepas nikah jadi tidak seindah semasa masih bujang. Di samping itu kita pun harus tetap men­jaga kemur­nian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring ada ­dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita.

Sungguh beruntung se­kali menjadi orang-orang muk­min. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan ber­sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya. 

Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap te­lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan se­suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut.
Si­kap kita yang paling baik da­lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.

“Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)
Akhir sekali kisah Rithah mem­berikan ibrah(pengajaran) kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.


Rabbku..
andai cinta itu indah
jangan indahkan cintaku kepada DUNIA
kerana aku takut
andai cinta itu
Melebihi kasih rinduku padaMU
Biarkan daku lelah dahagakan cintaMU

cintaMU penuh ujian tetapi menyejukkan
selalu membuat aku menangis
tetapi selalu aku terkenang-kenang
Mana ada yang bisa menyembuhkan kedukaanku 
selain Engkau Ya Rabbku
Engkaulah yang sentiasa mendengar munajatku
menjaga di saat jaga & lelapku

Kalaulah di dunia aku di hadap cinta
yang membuatkan waktu ku berkurang bersamaMU
adakah masih redhaMU jadi hala tujuku

Daku terlalu dhaif tanpa cintaMU
janganlah biarkan daku kehilanganMU
Sekalipun dunia ini di letakkan di tanganku
ku mohon 
Jangan pernah kau biarkan aku tertipu
jangan gantikan DUNIA dengan CINTAMU
kerana DUNIA bukan hala tujuku

arahku..
jalanku...
destinasiku..
untuk menggapai redhaMU...

-MaWaRSyurGa-

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك