Wednesday, April 24, 2013

Takutlah kalian sebelum menempuh pernikahan.

bismillahirrahmanirrahim...


* * *


 

Sekian lama kalian menyusun tarikh perkahwinan

Kalian mempersiap rumah untuk hari baru suami isteri

Berbulan, bertahun kalian pening kepala untuk walimah satu hari

Warna tema, dulang hantaran, DJ Team, senarai tetamu..

Hidangan buffet kah, lembukah, ayamkah, kerbaukah..



Di sebalik kalian merisaukan kewangan yang terhad

Kalian memikirkan perancangan berbulan madu

Kalian memikirkan kebahagiaan alam perkahwinan

Kalian membayangkan segala kebaikan dan keindahan



Duhai teman,

Takutlah jika kalian memasuki perkahwinan dengan jiwa yang miskin

Jiwa yang miskin sering sempit, sering keluh kesah

Tidak menghitung kebaikan pasangan

Tak mampu menghargai pemberian dia yang tersayang

Tidak mensyukuri cinta yang dianugerahkan tuhan



Takutlah berkahwin jika kalian tipis kesabaran tipis sangka baik

Takutlah melangkah ke alam pernikahan jika kalian mudah marah kerap merajuk

Mudah lepas cakap, mudah menyalahkan

Takutlah jika kalian punya sikap sukar memberi maaf, sukar memohon maaf



Takutlah kalian dengan sikap yang suka memberontak

Takutlah kalian dengan hati yang keras dan mudah melawan

Takutlah kalian jika kalian sering ego mengakui kesilapan

Takutlah jika kalian ego melakukan perubahan dan perbaikan



Takutlah kalian jika kalian memiliki banyak karakter buruk ini

Kasih sayang hanya mekar setahun, atau sebulan



Bertahun kalian merancang pernikahan

Mudah sahaja pernikahan bergolak andai sifat mazmumah tidak dibersihkan

Takutlah menginjak ke alam pernikahan andai kabur hakikat kehidupan

Takutlah kalian andai ilmu dan buku bukan teman kalian yang sering berdampinan

Takutlah kalian andai ALLAH dan Rasul bukan menjadi tujuan pernikahan



Takutlah kalian jika enggan dan tak pandai menerima peringatan pasangan

Takutlah kalian jika sering tak berhikmah menyampaikan teguran

Takutlah sekarang, jika kalian sering mendahulukan perasaan dari ilmu dan iman

Bersedialah rumahtangga itu menjadi medan pergaduhan

Yang membara dengan kebencian

Yang tak ditembus rahmah dan kasih sayang



Apatah lagi jika roh solat dan quran berjauhan dari sanubari kalian

Pasti.. dengan akhlak yang tak dicantikkan, adalah pasti kepada hambarnya sebuah percintaan

Pasti .. dengan melupakan ALLAH, adalah pasti pada kosong peritnyanya sebuah perkongsian kehidupan



 
Kerana pernikahan itu bahagia dengan akhlak yang baik

Kerana pernikahan itu indah dengan suburnya jiwa mahmudah

Kerana pernikahan itu manis pada kesungguhan membahagiakan pasangan

Dan..

Pernikahan itu bahagia barokah pada hubungan dengan ALLAH yang selalu diteguhkan...

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Sunday, February 10, 2013

Alhamdulillah 'ala kulli hal~


bismillahirrahmanirrahim

"لا يكلف الله نفسا الا وسعها"

“ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA”
(AL-BAQARAH:286)



Duhai Sahabatku..
ALLAH tidak akan menguji kita selagi mana kita mampu untuk berhadapan dengan sesuatu masalah itu..ada hikmah yang tersembunyi disebliknya insya’ALLAH..sama ada cepat ataupun lambat..itu semua adalah kehendakNYA..Cuma yang penting adalah kesabaran, ketaqwaan dan keimanan seseorang itu..

Setiap musibah yang datang adalah ujian daripada ALLAH untuk menguji setiap hambanya..sama ada imannya akan kekal ataupun dia akan kecundang..bersabarlah wahai sahabat..ان الله معنا..ALLAH tidak akan memberikan sesuatu yang DIA tahu tidak mampu untuk kita mengahadapinya..kita sebagai hambanya hendaklah tabah dengan segala ujian yang diberikan..mungkin,ALLAH ingin kita lebih dekat dengannya..

Dengan itu,dugaan dan cabaran adalah cara untuk kita lebih mendekatiNYA..lumrah manusia dan kita sendiri sebagai manusia sahabatku..bilamana dugaan dan cabaran datang melanda diri, disitulah ALLAH menjadi tempat mengadu..walhal tidak sebelum dugaan datang menimpa diri..


“JIKA DOAMU DIKABULKAN,
TANDANAY ALLAH MENYAYANGIMU..

JIKA DOAMU LAMBAT DIKABULKAN,
TANDANYA ALLAH INGIN MENGUJIMU..

JIKA DOAMU TIDAK DIKABULKAN,
ERTINYA ALLAH MERANCANG SESUATU YANG TERBAIK UNTUKMU..”


Duhai Sahabatku..
            Sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambanya..janganlah kita takut jika doa kita tidak dikabulkan ataupun lambat dikabulkan..insya’ALLAH..DIA pastinya merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..semoga semuanya menjadi pedoman bersama..beramallah dengan sebaik-baik amalan..insya’ALLAH kita akan mendapat kemanisan ataupun natijah yang baik daripada amalan tersebut..sama-samalah kita muhasabahkan diri kita..




سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Friday, December 14, 2012

Rabi'atul Adawiyah ♥


bismillahirrahmanirrahim.


Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s.
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH....

Berkongsi sedikit kisah mengenai seorang wanita yg aku anggap seperti Mentor untuk aku terus berjuang dalam Islam...


Kisah Rabiatul Adawiyah
 
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
 
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
 
Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
 
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
 
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
 
Wassalam.
 
Kisah diceritakan oleh ustaz Daud Che Ngah.

إن شاء الله تعالى. الحمد لله رب العالمين.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Friday, September 7, 2012

Qullu Sanad Wa Ana Thoiba :')


Bismillahirrahmanirrahim. Assalam'alaikum warahmatullahi wabarokatu. Hari semalam dalam sejarah kerana pada tarikh itulah ana dilahirkan. Ana bersyukur sangat sebab dilahirkan di Malaysia kerana tiada berlakunya peperangan, penindasan dan bermacam-macam lagi yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh dunia. Ana juga bersyukur sangat sebab ana masih di panjangkan umur walaupun hidup ana sebelum ini penuh sia-sia. Selama 18tahun menikmati kurniaanNYA, begitu banyak masa ana terbuang dengan kelalaian yang dilakukan di dunia ini yang sepatutnya di penuhi dengan amal ibadat. Alhamdulillah, kini ana sedar akan tanggungjawab ana yang selama ini di ambil mudah.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik?Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Dan janganlah kau leka kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNya dan ingatlah Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka kelak.
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). [Ali’Imran : 178]

Ya Allah, semakin jauh aku langkah, umurku meniti hari. Ku pohon hidayahMu. Moga di hari lahirku ini, berkatilah umurku dan izinkan aku semakin dekat dengan redhaMu. Ya Allah, panjangkanlah usiaku agar lebih lama dapat ku mentaatiMU. Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang. Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya. Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku ini. Jadikanlah cahayaMU yang bersinar menyinari jalanku. Rehatku adalah rantaian zikir, rantai yang ku kalungkan pada leherku sebagai tanda cintaku padaMU. Ya Allah, ku berharap agar Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku mencari haruman Syurga ciptaanMU, tempat rehat dan nikmat abadi. Aamiin ya Rabb

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

Thursday, September 6, 2012

Berhenti Bermimpi Berimpian

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikumwarahmatullah......

Pabila melihat gambar di atas.. Betapa hati ini tersentuh... Melihat hari bahagia yg diimpikan setiap insan.... Pakaian yg ingin disarungkan oleh setiap muslimah yang hatinya ingin dibelai dengan Agama oleh pemimpin hidupnya... Gambar di atas mengingatkan aku pd seseorang... hemmm..... Tak perlu nak ingat lagi..... Krn aku tak mahu berimpian lagi... Bukan aku tidak percaya kpd takdir.. Tapi.... Setiap kali diri ini percaya pd 'ikhlas' seseorang, Setiap kali diri ini bersungguh2 memberi komitmen... Setiap kali diri ini mula rs yakin....... Setiap kali itulah..... ia ranap tiba2.... Puas aku fikir.... Di mana lah lagi silapnya??? Ya Allah.. maafkan aku andai aku sdg mengeluh.... Tapi yg pasti... Yang dirasa kini,,, aku sudah tidak mahu berimpian lagi... Seandainya ada teman hidup utk ku di dunia ini,,, aku hanya bermohon agar dipercepatkan dan dipermudahkan.... Seandainya aku mmg ditakdirkan tiada teman hidup di dunia ini,,, Jauhkan aku dr lelaki2 yg tidak jujur... Peliharalah aku sebaiknya... supaya aku dapat menjadi masturat yg sejati.... Semoga aku bisa menjadi bidadari di syurga kelak... Semoga aku akan menjadi pendamping setia buat Raja ku di syurga kelak... Ya Allah... Jangan berikan aku sedih krn tiada jodoh... Tapi brilah aku rs senang hati .... Senang hati dgn jalan hidup yg telah Engkau takdirkan ini... Berilah aku susah hati pd maut.. susah hati pd dosa2 ku.... Krn...

AKU HANYA INGIN SETIA PADA SUAMI YANG BAKAL KAU KURNIAKAN UNTUK KU.... SAMADA AKAN KAU KURNIAKAN DI DUNIA ATAU PUN DI AKHIRAT KELAK......

TIADALAH INGIN DIRI MEMANDANG YANG LAIN SELAIN YANG HANYA KAU KURNIAKAN UNTUK KU.....SI BELAHAN JIWA KU.....

WALAU SELAMA MANA PUN...

JIKA ENGKAU MENANGGUHKAN KURNIAAN UNTUKKU ITU ..

UNTUK KU MILIKI DI SYURGA KELAK...

INSYAALLAH....

HATI INI BERSABAR....

&...

JODOH DI DUNIA ITU BELUM PASTI....TETAPI MAUT ITU SUDAH PASTI............



سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك